Bapa ayam bersama 15 anak-anaknya yang comel |
Cer korang dengar rakaman video You Tube PC antara TGHH bersama TGNA dan Mustapa Ali di Kota Baru pada keesokan harinya, 18 Ogos selepas mesyuarat AJK PAS Pusat (pagi 17 Ogos) dan selepas mesyuarat MPPR (petang 17 Ogos).
Bahawa mereka menyatakan keputusan MPPR menamakan WAWI seorang tu sahaja tidak bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat.
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan…
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
Apa sebenarnya masalahnya PAS nih? Mereka cakap wala' wala' wala' kepada pimpinan. Mana wala' 13 ADUN PAS Selangor yang masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?
Korang sendiri dengar tak seperti mana transkrip yang dipaparkan bersama video kat atas tu? Letihlah kita semua...alahai!
Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.
Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.
Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."
Difahamkamn, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.
Sementara itu satu
sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat
Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.
Dalam satu perkembangan
lain, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang
masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.
"Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).
“PAS hanya mahu
meneliti kandungan surat itu," kata beliau ketika ditemui semasa
persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi.
Katanya,
setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa
isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat
terlebih dahulu.
"Ini bukan keputusan 13
ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat
tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata
beliau.
Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan - 25 Ogos! SUMBER
Amat malang sekali sekiranya ramalan Blogger Tulang Besi ini benar-benar menjadi kenyataan....
Bahawa PAS akan U-Turn sekali lagi dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga???? Baca screen shot dari FBnya kelmarin :
Di FB terbaru malam tadi, Tulang besi mendedahkan :
PENDEDAHAN PENGKHINATAN TERANCANG:
Bahwa dua tiga hari lepas ada pertemuan antara Presiden dgn Azmin Ali.
Butiran perbincangan adalah supaya Azmin beserta beberapa ADUN PKR melompat dan masuk PAS.
Ini supaya kerajaan
Khalid Ibrahim boleh dikekalkan dgn formula:
PAS+UMNO+Khalid Ibrahim+Azmin+2 ADUN PKR.
Atas sebab itulah mesyuarat tergempar 25hb dipanggil krn mahu u-turn
keputusan 17hb yang membawa kepada menyokong kembali kerajaan PR.
Inshaalah, pengkhianatan ini akan gagal.
Aminkanlah do'a Tulang
Besi itu bersama ,Insya'Allah pengkhianatan ini akan gagal dan mereka
yang merancangnya akan dilaknati Allah. Amin ya Rabb!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.