Followers

Tuesday, August 19, 2014

Video: Krisis Selangor - Kenapa PAS Terasing?

 


Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menegaskan keputusan PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat adalah relevan.

Jelasnya, ia adalah satu tindakan yang betul setelah meneliti perkara ini daripada segenap sudut.

"Kita buat tindakan yang betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan," ujarnya semasa menjadi salah seorang panel wacana "Krisis Selangor: Kenapa PAS Terasing" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun mengakui masalah dalaman PKR menyebabkan PAS agak terasing dalam membuat keputusan mengenai pendirian parti terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia berikutan parti PAS tidak akan membuat sebarang keputusan sambil lewa berhubung isu berkenaan.

"Dia (Khalid Ibrahim) tahu PKR tak sokong dia. Dia tidak lapor pada Datuk Seri Anwar tapi lapor setiap dua minggu sekali pada pimpinan PAS sehingga beri gambaran PAS tiada masalah dengannya.

"(Malah) exco-exco PAS diberi layanan baik berbanding exco PKR sehingga beri gambaran PKR yang bermasalah dan bukannya Khalid," ujarnya.

"Masalah dalaman PKR menyebabkan PAS terasing dalam membuat keputusan. PAS ini parti dan kita tidak akan main ikut-ikut sahaja," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, persoalan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kini tidak lagi relevan berikutan 30 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

"Majoriti dah ada. Persoalan bubar DUN tak lagi relevan kecuali mendapat perkenan Sultan, " ujar beliau.

 
-Pejabat YB Khalid Samad-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.