Berita berkaitan dengan video di atas ada disertakan di bawah ini. Namun, jika anda mahu bermain dengan persepsi, sila teliti video di atas.
Tidak Timbul Lagi Soal Sokong Khalid - Presiden PAS
[Harakah Daily] KOTA BHARU:
Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor
masih lagi sebagai ahli PKR.
“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.
Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.
Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.
Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis
Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak
lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)
“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.
Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan
pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan
kenyataan melalui media.
Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama
Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis
Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.
“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali
diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.
“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,” ujarnya.
Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum
ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan
Azizah.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut
menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan
menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.
“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.
Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.
Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah
pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum
ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.
“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat
(Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.
Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai
seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.
“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw
hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita
panggil tahaluf siyasi.
“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan
Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi
menteri besar itu soal lain,” tambahnya.
-HARAKAHDAILY 18/8/2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.