Followers

Sunday, August 24, 2014

VIDEO - JAWAPAN UNTUK SI PENULIS-----CUMA IBU LAIN TIDAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT DARI : Yong suka kuning

 CUMA IBU LAIN TAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT....SUAMI DIPENJARA ENAM TAHUN...SUAMI DITUMBUK MATA...ANAK2 BAGAIMANA NAK KE SEKOLAH SEBAB SEMUA ORANG TAHU BAPA KAKI LIWAT...TERMASUK BAPANYA DIKATAKAN MENYALAH GUNA KUASA


Penulis ini selalanya bias apabila membicarakan tentang Anwar Ibrahim. Namun sebagai penulis sikap bias atau tidak adalah pandangan peribadi, dan kita pun apabila membaca harusnya mempunyai fiter untuk menilai kecerdikan penulisan sebegini........

Ibu Nurul lebih baik dari Khalid, ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul

“My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain. 
Apabila ibunya disebut akan menggantikan Khalid, sudah tentulah beliau akan berpendapat ibunya lebih baik dari Khalid.
 
Saya sudah ketiadaan ibu lagi. Jika ibu saya masih hidup, tentu saya akan berkata yang ibu saya lebih baik dari Khalid, malahan lebih baik dari Wan Azizah atau Rosmah Mansor.

Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.

Ibu saya boleh menghantar anak-anaknya kesekolah sampai ketahap yang termampu oleh anak-anaknya untuk pergi tanpa halangan walaupun dalam keadaan kekurangan sumber untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dan keperingkat pengajian tinggi. Hasilnya saya dan adik beradik bolehlah membaca perlahan-lahan dan menulis sikit-sikit sekarang ini.

Ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Wan Azizah jika didasarkan kepada keadaan kehidupan mereka yang kekurangan, telah berjaya menjadikan anak-anak mereka menjadi pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepada negara. Ada anak-anak mereka yang ,menjadi ‘corporate captains’ dan ada yang menjadi pemimpin negara.

Abdul Ghaffar Baba seorang yang datang dari keluarga yang miskin, tetapi ibu dan keluarganya telah membesarkan beliau dan dengan izin Allah telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang ditumbangkan tanpa belas ehsan oleh Anwar Ibrahim pada November 1993 dahulu.

Sesungguhnya memang lebih ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Khalid, kerana fungsi seorang ibu dengan Khalid seorang lelaki itu sememangnya berbeza. Khalid telah berjaya bukan sebagai seorang ibu dan wanita, tetapi Khalid telah berjaya membawa ke depan segala perkara dan niat tidak baik setengah pihak setelah diberikan mandat oleh rakyat.

Jika ditinjau dari sudut itu, ibu Khalid telah berjaya dan mungkin lebih baik dari ibu Nurul Izzah kerana membentuk beliau bersabar menghadapi situasi di mana beliau dicungkil segala kesalahannya untuk diturunkan dan dimusnahkan karier politiknya.

Ibu Khalid telah membentuk Khalid walaupun dengan kelemahan biasa sebagai manusia tetapi oleh kerana didikan ibu beliaulah yang membuatkan beliau berani dan bergaya menambahkan risab negeri ke tahap yang belum pernah dicapai oleh negeri Selangor.

Jadi, ibu Nurul Izzah dan ibu Khalid sememangnya lebih baik dari Nurul Izzah dan Khalid sendiri kerana kejayaan Nurul Izzah adalah kerana didikan ibunya dan kejayaan Khalid pula adalah di atas didikan ibu beliau juga.

Yang belum tentu lagi ialah kejayaan Nurul itu sendiri samada akan berjaya sebagai ibu kepada anak-anaknya seperti kejayaan ibunya membentuk beliau menjadi seorang pemimpin Dewan ‘Legislature’ negara.

Apa yang disebut oleh Nurul itu adalah satu yang biasa dan tidak jauh bezanya dengan kejayaan ramai ibu-ibu yang lain.

Hanya yang belum tentu ialah samada ibu Nurul ini akan berjaya membina satu kerajaan yang kuat jika ibunya ini dijadikan Menteri Besar negeri terkaya di negara ini. Sesungguhnya Nurul seorang anak yang baik dan solih terhadap ibunya.

Hanya yang menjadi persoalannya samada tindakan ibunya merampas kerusi dan jawatan secara ‘hostile’ itu akan menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang tahan menghadapi risiko kepimpinannya setelah tercapai apa yang dihajati beliau itu.

Takut-takut semasa dalam keadaan sekarang semuanya baik, tetapi apabila sudah ,mendapatnya keadaan akan menjadi sebaliknya. Itu jugalah yang berlaku kepada Khalid yang telah diberikan imej ‘the best MB the nation ever had’ dalam sekelip mata dipanggil sebagai MB yang paling tidak bermoral.

Selalunya, sejarah itu akan kembali. Ingat satu perbilangan, ‘what goes around comes around’. 
Mungkin Nurul Izzah patut mengingatkan ibunya selalu tentang isu ini, kerana kita tidak boleh terlalu yakin apa yang kita lakukan terhadap orang lain itu tidak akan berlaku kepada kita sendiri.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.