Exco
Agama Sallehen Mukhyi hadir di Bangunan SUK, Shah Alam
Exco PAS
Selangor tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan jika Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim melantik exco baru daripada Umno.
Exco
Agama Sallehen Mukhyi berkata, tidak timbul isu pelantikan Umno dalam kuasa
eksekutif negeri, sebaliknya hanya mereka berempat akan membantu Khalid
menjalankan pentadbiran seperti biasa.
"Umno
tidak timbul. Kalau Umno ada dalam barisan exco PAS akan keluar. Dia (Umno)
bukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan
Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Semua
empat exco PAS hadir ke SUK seperti biasa untuk menghadiri mesyuarat exco jam
10 pagi ini walaupun pemimpin DAP dan PKR malam tadi meminta mereka memboikot
mesyuarat itu tanda solidariti terhadap pemecatan exco DAP dan PKR.
Exco Iskandar Abdul Samad dilihat tiba seawal jam 7 pagi bagi mengelakkan diserbu wartawan.Kemudian, diikuti Dr Halimah Ali kira-kira jam 9.30 pagi, Dr Ahmad Yunus Hairi lima minit kemudiannya, dan Sallehen yang terakhir.TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.