Followers

Monday, August 25, 2014

Umno Pasti Menggelupur Mendengar Berita Ini..


Photo: Monday, 25 August 2014.

Umno Pasti Menggelupur Mendengar Berita Ini..

Umno Selangor hari ini menyangkal kajian dijalankan Merdeka Centre baru-baru ini menyatakan lebih separuh pengundi Selangor akan mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang bagi menyelesaikan kemelut sekitar pelantikan menteri besar baru.

Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau yakin kemelut politik dalaman yang melanda kerajaan PR menyaksikan sokongan rakyat akar umbi kini mula beralih kepada parti itu.

"Saya tidak boleh kata kajian itu benar atau salah kerana itu andaian. Namun hasil pemerhatian kita, apabila kita turun padang dalam program bersama rakyat, ramai yang mengadu dan mereka marah dengan apa berlaku di Selangor.

Dan saya percaya ia menyaksikan peningkatan sokongan terhadap Umno Selangor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.Jumaat lalu, hasil kaji selidik yang ditauliahkan The Malaysian Insider dan dijalankan ketika krisis memuncak pada awal bulan, menyatakan sokongan  rakyat terhadap kerajaan PR tetap tidak akan berganjak.

Johan juga turut menafikan Umno-Barisan Nasional (BN) berdiam diri dalam krisis Selangor dan tidak bertindak seperti konflik di Perak kerana tahu parti itu sudah tidak diterima rakyat.

Katanya, isu pokoknya bukan perlu dinilai pada hasil kajian yang dilaksanakan, tetapi hakikat yang PR sudah mengkhianati mandat diberikan rakyat."Saya yakin rakyat tidak bodoh. Mereka boleh menilai apa yang berlaku. Ini aduan daripada akar umbi sendiri. Generasi muda akan rasa dikhianati. 

Dan secara peribadi, sokongan pada Umno-BN sudah lama sebelum ini kerana parti ini yang memerintah lama sebelum daripada PR," katanya.Beliau juga mengakui bahawa Umno-BN lebih menumpukan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya pilihan raya negeri.

"Kita sebenarnya tidak menjangkakan adanya pilihan raya negeri kerana sebelum ini kita tumpukan strategi memenangi PRU14. Namun kita akan tetap bersedia dengan apa jua senario. Kita ambil pendekatan tunggu dan lihat," katanya.Seramai 808 pengundi berdaftar mengambil bahagian dalam kajian itu yang dijalankan di antara 11 dan 17 Ogos oleh Merdeka Center.

Kaji selidik yang dijalankan itu kebetulan diadakan semasa Khalid memecat lima exco daripada PKR dan DAP pada 12 Ogos dan mengekalkan empat exco lagi daripada PAS. 

Walaupun dengan kemelut menteri besar, 57% pengundi yang mengambil bahagian dalam kajian itu berkata mereka sedia memberi peluang sekali lagi kepada PR untuk mentadbir negeri sekiranya Sultan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Manakala, 29% lagi berkata mereka tidak akan memberi peluang kepada PR dan 15% lagi berkecuali, menurut kajian yang dijalankan menerusi panggilan telefon itu.Bagaimanapun, hanya 43% daripada mereka berasa yakin jika PR mentadbir negeri manakala 29% pula yakin dengan BN dan 13% lagi berkecuali. ~tmi

Addin. Umno Selangor hari ini menyangkal kajian dijalankan Merdeka Centre baru-baru ini menyatakan lebih separuh pengundi Selangor akan mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang bagi menyelesaikan kemelut sekitar pelantikan menteri besar baru.

Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau yakin kemelut politik dalaman yang melanda kerajaan PR menyaksikan sokongan rakyat akar umbi kini mula beralih kepada parti itu.

"Saya tidak boleh kata kajian itu benar atau salah kerana itu andaian. Namun hasil pemerhatian kita, apabila kita turun padang dalam program bersama rakyat, ramai yang mengadu dan mereka marah dengan apa berlaku di Selangor.

Dan saya percaya ia menyaksikan peningkatan sokongan terhadap Umno Selangor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
 
Jumaat lalu, hasil kaji selidik yang ditauliahkan The Malaysian Insider dan dijalankan ketika krisis memuncak pada awal bulan, menyatakan sokongan rakyat terhadap kerajaan PR tetap tidak akan berganjak.

Johan juga turut menafikan Umno-Barisan Nasional (BN) berdiam diri dalam krisis Selangor dan tidak bertindak seperti konflik di Perak kerana tahu parti itu sudah tidak diterima rakyat.

Katanya, isu pokoknya bukan perlu dinilai pada hasil kajian yang dilaksanakan, tetapi hakikat yang PR sudah mengkhianati mandat diberikan rakyat."Saya yakin rakyat tidak bodoh. 
 
Mereka boleh menilai apa yang berlaku. Ini aduan daripada akar umbi sendiri. Generasi muda akan rasa dikhianati.

Dan secara peribadi, sokongan pada Umno-BN sudah lama sebelum ini kerana parti ini yang memerintah lama sebelum daripada PR," katanya.
 
Beliau juga mengakui bahawa Umno-BN lebih menumpukan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya pilihan raya negeri.

"Kita sebenarnya tidak menjangkakan adanya pilihan raya negeri kerana sebelum ini kita tumpukan strategi memenangi PRU14. Namun kita akan tetap bersedia dengan apa jua senario. 
 
Kita ambil pendekatan tunggu dan lihat," katanya.Seramai 808 pengundi berdaftar mengambil bahagian dalam kajian itu yang dijalankan di antara 11 dan 17 Ogos oleh Merdeka Center.

Kaji selidik yang dijalankan itu kebetulan diadakan semasa Khalid memecat lima exco daripada PKR dan DAP pada 12 Ogos dan mengekalkan empat exco lagi daripada PAS.

Walaupun dengan kemelut menteri besar, 57% pengundi yang mengambil bahagian dalam kajian itu berkata mereka sedia memberi peluang sekali lagi kepada PR untuk mentadbir negeri sekiranya Sultan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala, 29% lagi berkata mereka tidak akan memberi peluang kepada PR dan 15% lagi berkecuali, menurut kajian yang dijalankan menerusi panggilan telefon itu.
 
Bagaimanapun, hanya 43% daripada mereka berasa yakin jika PR mentadbir negeri manakala 29% pula yakin dengan BN dan 13% lagi berkecuali. ~tmi

Addin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.