Wan Azizah akan buktikan sokongan majoriti Adun untuk jadi MB Selangor
Published: 14 August 2014
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuktikan kepada Sultan Selangor, beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor melebihi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menduduki kerusi menteri besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan sidang media di Subang Jaya hari ini untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor untuk menjadi menteri besar.
Dalam satu jemputan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi, presiden PKR itu dikatakan akan mempersembahkan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) melebihi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid pada Isnin berjaya kekal sebagai menteri besar Selangor selepas berjaya meyakinkan Sultan Sharafuddin Idris Shah beliau masih mendapat sokogan DUN walaupun dipecat PKR hujung minggu lalu.
Sultan Selangor sehari selepas itu turut bersetuju agar Khalid memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PKR dan DAP.
Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 43 Adun daripada 56 kerusi DUN selepas Khalid menjadi Adun Bebas.
Khalid sekarang ini mentadbir negeri Selangor dengan empat exco PAS. Krisis Selangor ini juga bakal menggugat PR kerana kedegilan untuk bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid.
PR sekarang ini mempunyai 87 kerusi Parlimen selepas Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjadi Bebas.
PAS akan bermesyuarat pada 17 Ogos untuk membincangkan cadangan PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Khalid.
Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Umno akan menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor sekiranya usul undi tidak percaya diadakan di DUN.
Sebelum dipecat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti Islam itu secara terbuka mempertahankan Khalid sebagai menteri besar Selangor walaupun PKR dan DAP menolaknya.
Malam ini Lajnah Politik PAS akan bermesyuarat awal sebelum mesyuarat pada 17 Ogos ini dan dilihat akan menentukan masa depan parti itu bersama PR. – 14 Ogos, 2014.
www.themalaysianinsider.com

Sultan Selangor sehari selepas itu turut bersetuju agar Khalid memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PKR dan DAP. Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 43 Adun daripada 56 kerusi DUN selepas Khalid menjadi Adun Bebas.
Khalid sekarang ini mentadbir negeri Selangor dengan empat exco PAS. Krisis Selangor ini juga bakal menggugat PR kerana kedegilan untuk bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid.
PR sekarang ini mempunyai 87 kerusi Parlimen selepas Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjadi Bebas.
PAS akan bermesyuarat pada 17 Ogos untuk membincangkan cadangan PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Khalid.
Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Umno akan menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor sekiranya usul undi tidak percaya diadakan di DUN.
Sebelum dipecat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti Islam itu secara terbuka mempertahankan Khalid sebagai menteri besar Selangor walaupun PKR dan DAP menolaknya.
Malam ini Lajnah Politik PAS akan bermesyuarat awal sebelum mesyuarat pada 17 Ogos ini dan dilihat akan menentukan masa depan parti itu bersama PR. – 14 Ogos, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.