Followers

Friday, August 15, 2014

TERKINI : Wan Azizah Tersingkir, Anwar Pilih ADUN Ijok @ Dr Idris Ahmad

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 'Drama' politik Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya.

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini.

Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya.

Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor.

"Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor).

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.