Followers

Sunday, August 31, 2014

Sidang tergempar DUN Selangor boleh selesai krisis MB, kata bekas hakim - OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Sidang tergempar DUN Selangor boleh selesai krisis MB, kata bekas hakim

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 30 August 2014

Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh diselesaikan menerusi sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor, menurut bekas hakim, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Kebuntuan krisis menteri besar (MB) Selangor boleh diselesaikan jika sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi menentukan siapa mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat menerajui kerajaan negeri, kata seorang hakim bersara.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh menasihati Sultan untuk mengadakan sidang tergempar itu.

"Selain itu, wakil rakyat juga boleh membuat petisyen untuk Speaker memanggil sidang tergempar, dan Speaker kemudiannya boleh mengadap Sultan bagi tujuan itu, " katanya.

Kadir, yang juga bekas anggota Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, berkata agenda pertama nanti ialah undi tidak percaya terhadap Khalid.

"Jika Khalid dikalahkan, Dewan boleh teruskan dengan undian bagi menentukan siapa di kalangan wakil rakyat mempunyai keyakinan rakan mereka untuk menjadi bakal menteri besar," katanya.

Kadir berkata sidang DUN adalah forum sesuai memutuskan perkara itu, walaupun pada 2010 dalam kes Nizar lwn Zambry, Mahkamah Persekutuan memutuskan ukuran keyakinan terhadap bakal MB boleh juga ditentukan di luar Dewan.

"Khalid kemudian boleh menyampaikan keputusan sidang Dewan kepada Sultan untuk melantik penggantinya," Kadir memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas tempoh seminggu diberi Sultan kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama mengisi jawatan MB.

Peguam perlembagaan Syahredzan Johan (gambar, kiri) berkata cadangan Kadir boleh dilaksanakan, tetapi pada masa ini yang terbaik ialah menentukan dahulu tindakan susulan DAP, PAS dan PKR berkenaan titah Sultan.

Syahredzan berkata proses budi bicara Sultan akan lebih mudah sekiranya ketiga-tiga parti menamakan calon sama.

Bagaimanapun, ini tidak berlaku kerana PKR dan DAP mencalonkan hanya ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu, manakala PAS menyatakan akan menghantar lebih daripada satu nama ke istana.

Peguam perlembagaan berkata tidak tertakluk di bawah undang-undang untuk menghantar lebih daripada satu nama kepada Sultan.

Tetapi, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mengambil pandangan berbeza.

Menurutnya, sidang DUN tidak boleh menamakan seorang MB kerana ia budi bicara Sultan.

Abu Talib (gambar, kanan) berkata, Artikel 53 (2)(a) Perlembagaan Selangor dibaca bersama Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan prosedur pelantikan itu.

Ia menyatakan Sultan hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Adun yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti Adun sebagai MB untuk mempengerusikan majlis eksekutif itu.

"Pelantikan MB mengikut budi bicara Sultan tetapi ia perlu dilakukan dengan bijak," katanya.

Abu Talib berkata memilih ketua Dewan yang mendapat sokongan majoriti tidak akan menyelesaikan masalah sekarang.

Pada 14 Ogos, 29 Adun termasuk dua dari PAS menandatangani akuan berkanun menyokong Dr Wan Azizah.

PAS pada mesyuarat jawatankuasa pusat 17 Ogos turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, di samping Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama.

Bagaimanapun, Azmin menolak pencalonan itu semasa mesyuarat Majlis Presiden PR.

Awal minggu ini, PAS menyerahkan keputusan itu kepada Sultan, tetapi Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mengemukakan tiga nama wakil rakyat dari PKR sebagai calon MB.

Perebutan jawatan MB Selangor sudah berlarutan lebih sebulan selepas Khalid enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid dipecat dari PKR pada 9 Ogos kerana dituduh melanggar disiplin parti. – 30 Ogos, 2014.
- 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.