Followers

Sunday, August 3, 2014

Serahkan RM1 Juta Kepada KEPALA ULAR - Pengerusi MIC Kedah - Mukhriz Botal Terpaksa Melutut dan Merengek - Posted by Era pasca

 
Mukhriz Botak semakin tenat dan semakin nazak.

Puak Hindu Kedah sedang menekannya dengan menggunakan MIC yang dipengerusikan oleh  Dato Ganesan. Mukhriz Botak pula nampaknya serba salah kerana untuk mengekalkan kerajaan negeri yang dipimpinnya, si botak terpaksa memenuhi tuntutan hindu-hindu berkenaan. 


Kalau tidak, Kerajaan Negeri Kedah boleh runtuh.

Pada AGM MIC Kedah kali ke-68 yang telah diadakan di Hotel SP Inn pada 1 Ogos 2014, Ganeson, Pengerusi MIC Kedah telah membangkitkan ketidakpuasan hati berkenaan peruntukan daripada MB Kedah kepada MIC Negeri.

Ganeson telah meminta agar peruntukan sebanyak RM1 juta disalurkan terus ke akaun peribadinya. Namun Mukhriz hanya mampu meluluskan RM200 ribu. 


Daripada RM200,000, setiap Bahagian hanya mendapat RM15,000. Sebanyak RM180,000 telah diagih-agihkan kepada 12 Bahagian dan baki RM20,000 telah diberikan kepada Ganeson.

Bagaimanapun, Ganeson enggan menerima duit tersebut kerana tidak puas hati. Dia mahu lebih banyak wang untuknya. Mukhriz mula pening dan sakit kepala apabila Ganeson dikatakan telah mengumpulkan kekuatan dan mahu memberontak menentang Mukhriz.

Hasil siasatan mendapati, kesemua Ketua Bahagian MIC Kedah telah menerima peruntukan RM15,000 pada 29 Julai 2014 di Alor Star dari tangan Mukhriz sendiri. Peruntukan itu telah dibahagikan kepada setiap Bahagian atas nasihat T.H Subra, pegawai khas MB.

Namun, Ganeson tidak bersetuju kerana menurutnya, duit tu perlu diberikan kepada MIC Negeri terlebih dahulu. Maksudnya, duit itu perlu diserahkan kepadanya. 


Alasan paling bodoh diberikan oleh Ganeson ialah, kalau duit tersebut diberikan kepada setiap Ketua Bahagian, maka kuasanya selaku Pengerusi bukan sahaja hilang, tetapi dia telah dihina.

Ketua-Ketua Bahagian MIC yang lain, bagaimanapun, bersetuju dan gembira dengan diberikan peruntukan secara langsung. T.H. Subra telah mengusulkan perkara tersebut ekoran kejadian luar biasa pada sambutan Thaipusam lepas.

Semasa sambutan Thaipusam, Mukhriz telah memperuntukkan sebanyak RM25,000 kepada Ganeson untuk diagih-agihkan kepada sayap-sayap parti selain mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Bagaimanapun, Ganeson hanya mengagihkan RM5,000 sahaja. Baki RM20,000, hilang.

Disebabkan rahsianya telah terdedah, Ganeson dalam AGM kali ini telah mengungkit perkara itu dan mengkritik T.H. Subra serta Mukhriz Botak. 


Era Pasca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.