Published: 7 August 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya berhubung kes hutang beliau dengan Bank Islam yang berjumlah RM70 juta.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya berhubung kes hutang beliau dengan Bank Islam yang berjumlah RM70 juta.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kembali menyerang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila berkata beliau tidak hairan dengan tindakan Khalid menghantar laporan PKR berkenaan dakwaan perlakuan rasuahnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi berkata, beliau sedia maklum SPRM sendiri sukar mengambil tindakan terhadap Khalid.
"Rakyat juga tidak akan lupa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM sejak awal-awal lagi mengumumkan ia bukan rasuah dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak bersalah," katanya, merujuk kepada bekas menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam skandal pusat penternakan lembu nasional.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Khalid cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya.
"Apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pun dengan kenyataan SPRM tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC.
"Sebab itu, bagi saya cara terbaik Khalid membersihkan nama beliau dan mematikan sebarang keraguan terhadap integriti beliau adalah dengan mendedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba.
"Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat ratusan juta ringgit daripada kerajaan negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid Manaf," kata Rafizi dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini.
Pemimpin PKR itu berkata, sekiranya Khalid tidak bersedia mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya Khalid memfailkan saman fitnah terhadap dirinya di mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM.
"Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia dengan Bank Islam," kata Rafizi.
Rafizi berkata, Khalid juga wajar menyamannya di mahkamah sebelum berakhirnya Jumaat esok jika tiada yang ingin disembunyikan. – 7 Ogos, 2014.
-
See more at: http://www.themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.