Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa
dan mencederakan ribuan warga Gaza.
Selain daripada masalah nyawa yang
boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan
masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup.
Lebih kurang
seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin
Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap.
Penggunaan
janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan
tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta
terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air.
Alat ini
dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya
mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang
kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk
menggerakkan generator elektrik.
Ibrahim mendapat idea untuk mencipta
alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api
yang dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api
yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang
terlalu mahal.
Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim
dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga
beliau.
Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan.
Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api
dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri
ini.
Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari
sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini.
Adalah merugikan
sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan
kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti
tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.