Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak kisah dengan keengganan PAS untuk
membenarkan baki 13 daripada 15 ADUN parti itu menandatangani akuan
bersumpah (SD) sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan
Azizah sebagai menteri besar.
tersebut, termasuk dua wakil rakyat PAS, maka presiden PKR itu mempunyai sokongan majoriti di DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi itu.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dari sudut undang-undang, majoriti adalah majoriti.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas menghadiri sebuah forum di Klang malam tadi, Rafizi berkata di segi undang-undang, ia tidak membawa banyak perbezaan apabila 13 ADUN PAS tidak memberi sokongan bertulis kepada Wan Azizah.
Beliau berkata keputusan jawatankuasa pusat PAS untuk tidak menandatangani SD tersebut tidak menjejaskan perjanjian yang dicapai oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.
Di peringkat Pakatan Rakyat, katanya, PAS pun bersetuju PKR mencalonkan satu nama.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.