Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan
besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR
bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku.
Naib Presiden
PKR Rafizi Ramli menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim berundur secara baik dan jangan menyusahkan rakyat dengan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rafizi berkata,
beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri
(PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu
berlaku.
"Ada
kemungkinan beliau akan mempersembahkan cadangan untuk memperkenankan
bubar DUN," kata Rafizi dalam ucapan penggulungan Kongres PKR di Stadium
Malawati Shah Alam, hari ini.
Khalid yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan menghadap
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lama lagi bagi
menjelaskan kedudukannya selepas hilang sokongan majoriti Adun Selangor.
"Saya hendak
ingatkan Khalid walau berbakul-bakul integriti dan nama baik yang ada
sebaik-baiknya uruskanlah peralihan dengan menghormati suara rakyat.
"Jangan berniat untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN," katanya.
Menurut Rafizi,
PAS akan bermesyuarat esok pagi untuk menentukan sama ada 13 lagi Adun
mereka akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor
yang baru.
Sebelum ini dua
Adun PAS dari Hulu Klang dan Morib bersama-sama 28 lagi Adun Pakatan
Rakyat (PR) sudah menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk
menggantikan Khalid. – 24 Ogos, 2014
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.