Followers

Thursday, August 28, 2014

PRK Pengkalan Kubur: Pas perlu hormati PKR

 

PENGKALAN KUBUR 2                                                                      

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang Pas berhasrat untuk meletakkan calon di PRK Pengkalan Kubur dilihat sebagai terlalu awal dan langsung tidak menghormati rakan mereka dalam Pakatan, yakini PKR.

Mohd Amar Nik Abdullah
Nik Amar memberi alasan kerusi berkenaan hanya diberi pinjam kepada PKR dimana asalnya ia adalah hak Pas. Kalau pun Pas berhasrat untuk meletakkan calon kerana lebih yakin mereka akan menang, tidak menjadi masalah. 
 
Tetapi apa yang lebih baik Pas atau Nik Amar harus berunding dahulu dengan PKR.

Nik Amar tidak boleh menafikan kewujudan PKR di Pengkalan Kubur. Kalau pun PKR tidak mempunyai pengaruh dan pengundi yang ramai, tetapi PKR boleh menggunakan kuasa "bilis" mereka untuk menyukarkan Pas. 
 
Macam mana kalau penyokong dan ahli PKR di Pengalan Kubur mengambil sikap memulau pilihan raya atau berpaling tadah memberi undi kepada Umno?

Tindakan itu pasti memberi kesan kepada Pas. Seeloknya Nik Amar atau mana-mana pemimpin Pas tidak membuat kenyataan sampai melupai atau mengenepikan PKR. Biarpun mereka kecil dan lemah tetapi perlu dilayan dengan saksama. PKR juga ada perasaan sama dengan Pas.
Malas untuk mengaitkan Pas sebagai parti agama yang perlu lebih bersopan dan menghormati tetamu kerana orang sudah mengenali siapa Pas sebenarnya, sejauh mana amalan agama dipraktikkan dan diguna pakai dalam melangsungkan persahabatan. 
 
Jadi kalau Pas tidak mengambil kira kemurnian amalan agama itu tetapi lihatlah dari prospek atau pun percaturan dan strategi politik.

Masa masih ada dan tarikh PRK belum diumumkan. Pas sudah wajar memanggil pimpinan PKR Kelantan untuk duduk semeja dan berbincanglah dengan baik. Janganlah Pas terlalu ego merasakan mereka boleh menang mudah kerana berpandukan kepada kawasan itu kubu mereka.

Rasanya PKR Kelantan sendiri tahu mengukur badan sendiri. Mereka juga sedang membuat perhitungan apakah perlu meletakkan calon atau pun menyerahkan kepada Pas. PKR sebagai sebuah parti tahu apakah natijah kalau mereka kalah di Pengkalan Kubur. 
 
Kalah tiga kali berturut-turut memalukan, kecuali PKR jadi seperti Apandi Mohamad di Jeli yang tidak ada muka dan perasaan malu langsung. Kerana itu mereka tidak gila-gila untuk bertanding hanya atas prinsip kerusi itu hak mereka.

Cara Nik Amar mengulas atau memberi pandangan mengenai PRK terlaku gopah dan kurang diplomasi sekaligus menyerlahkan keghairahannya sebagai taukeh Pas Kelantan. 
 
Dengan cara yang sebegitu ia memberi kesan buruk kepada calon Pas di Pengkalan Kubur kelak. Satu perkara yang perlu disedari kemenangan untuk sesuatu calon dalam pilihan raya itu bukan memerlukan undi yang ribuan, tetapi ia menang dengan hanya satu undi sahaja.

PKR juga memilik satu undi di Pengkalan Kubur dan ia perlu dihargai.

Dalam pada itu wajar kalau Pas Kelantan dengan restu Pas Pusat melantik Nik Amar sebagai pengarah pilihan raya PKR Pengkalan Kubur. Sebagai orang bakal mengganti Abdul Hadi Awang Nik Amar perlu didedahkan dengan pengalaman menguruskan pilihan raya.

Sebelum ini ada desas desus Husam Musa hendak dilantik menjadi pengarah pilihan raya kecil itu. Rasanya elok Husam tidak dilantik dan serahkan sahaja kepada Nik Amar.  [wm.kl.12:42 t/hari 
 
28/08/14] [SUMBER]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.