Followers

Friday, August 1, 2014

Polis Selangor tahan 6 penyerang pusat siber



MANGSA yang ditetak sekumpulan penyerang dalam keadaan koma dengan seluruh badannya dibalut untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.


Shah Alam: Enam lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di sebuah pusat siber di Taman Bayu Perdana di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, enam lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun cedera parah akibat ditetak ketika sedang bermain permainan online di pusat siber berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, enam suspek terbabit ditahan di sekitar Klang dalam operasi besar-besaran dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Semua enam lelaki yang cedera parah berasal dari Sabah dan motif kejadian tiada kena-mengena dengan soal perkauman ataupun agama, sebaliknya ia dipercayai akibat dendam.

"Saya minta orang ramai agar tidak panik dengan khabar angin yang disebarkan menerusi WhatsApp serta media sosial itu kerana polis akan memburu dan menyiasat individu tidak bertanggungjawab terbabit," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.