Masih ingat kisah yang kita sembang2 semalam? Rujuk dalam link di atas okay. First episode.
Sebenarnya. Point yang Pak Faisal sampaikan tersangatla meluahkan apa yang rakyat kebanyakkan rasa. Bukan tipu2 tapi hakikat.
Dan, isu samada DSAI nak beli MP atau tidak untuk memastikan misi PR menuju PUTRAJAYA berjalan lancar ada sedikit dalam video kat bawah.
Aku tak jelas dari mana pak Faisal mendapatkan informasi tersebut. Macam aku dah sebutkan sebelumnya. Ia bukan fakta sehingga dimuktamadkan berserta buktinya.
Namun tak salah kot kalau kita nak berbahas mengenai kesahihan perkara tersebut.
Bila aku fikir2. Aku melihat pak Faisal punya argument agak valid walaupun takde bukti yang menyokong keterangan dia.
Katakanla, hanya dengan menawan PUTRAJAYA sahaja Anwar boleh mengubah Malaysia sudah tentu DSAI akan buat. Kita boleh fikir negatif.
Tapi aku melihat ia bukan la senegatif yang difikirkan. Cuma part yang negatif bila ;
1. Babitkan duit/kepentingan rakyat.
2. Beli MP.
Dalam politik, ini kita panggil PROPAGANDA. Untuk capai matlamat mungkin kita perlu menggunakan jalan yang tidak lurus bagi mempercepatkan langkah kita supaya cepat sampai ke destinasi.
Mungkin. Selepas menawan PUTRAJAYA, sesuatu yang diperlihatkan negatif itu kita akan merasai hasil yang positif kalau pendidikan sudah percuma, harga kereta turun, riba dihapuskan dan sebagainya.
Itupun. Kalau memang tujuannya nak membantu rakyat la. Kalau bukan? Rakyat tetap kerugian. Apa2 pun kita tengok dulu LUAHAN RAKYAT dari pak Faisal, ahli PKR yang biasa, orang2 lama dalam perjuangan.
Jangan tatau, beberapa ahli PKR juga dipecat dari PKR hanya kerana menyatakan kebenaran. Mereka bukan geng UMNO dan berhenti tuduh orang side mana2 hanya kerana mereka tak sependapat dengan kau, okay?
Kita mungkin lawan arus, tapi itu tak membuktikan kita semestinya berpihak dengan orang yang mereka bertelagah. Okay?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.