Followers

Friday, August 8, 2014

PKR dan PR sudah ada Rafizi, tak perlu ada musuh lagi

 
 
Rafizi Ramli, pengarah strategik PKR, berkata dengan sombongnya yang beliau sanggup melihat Pakatan Rakyat kalah jika itulah harganya untuk memberhentikan Khalid Ibrahim dari memegang jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
Kata-kata seperti ini melambangkan sikap dan sifat pimpinan PKR dan ia menunjukkan beliau sendiri bersifat angkuh dan rela semuanya hilang asalkan sahaja musuh politik dalam partinya dapat di hapuskan.

Bagi Rafizi. Biar hancur semua, Khalid wajib di buang dan tidak boleh lagi memegang jawatan Menteri Besar. Saya tidak tahu bagaimana masyarakat memandang Rafizi dengan kenyataannya yang sangat tidak baik matlamatnya dan kekurangan akhlak politiknya.

Dengan adanya pemimpin seperti Rafizi ini, PKR tidak perlukan musuh lagi. Orang-orang seperti Rafizi ini sudah cukup jika ada dua atau tiga orang dalam kepimpinan PKR sekarang ini sudah cukup untuk menjatuhkan parti itu.

Jika tidak dapat menjatuhkan buah yang dikaitnya, pokok buah itu akan di tebang. Yang penting buah itu mesti jatuh, biar pun kehilangan pokok itu. 
 
Dengan adanya pemimpin seperti ini ia akan lebih membuatkan rakyat terutamanya yang pernah menyokong PKR akan terasa terguris kerana mereka telah bersusah payah untuk menaikan pemimpin seperti Rafizi ini dan PKR itu keseluruhannya.

Jika benar apa yang akan di paparkan oleh PKR tentang salah laku Khalid, tidak sepatutnya ayat dan cakap-cakap seperti Rafizi itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar kerana beliau di persepsikan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi melangit.

Di ×Croatia dahulu setiap keluarga bukan Islam mesti membunuh orang Islam walaupun orang Islam itu adalah jiran mereka. Walaupun sudah berjiran dan bersahabat begitu lama mereka mempunyai hati untuk membunuh rakan dan jiran mereka semata-mata kerana sikap untuk menghapuskan orang Islam semasa peperangan saudara di negara itu.

Kita begitu hairan kenapa mereka mempunyai kudrat untuk membunuh saudara tetangga mereka. di sana, tetapi rupanya sikap seperti itu sudah berputik di negara kita ini dikalangan pemimpin-pemimpin kita dari PKR ini.

Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap Rafizi ini, hanya kita mengucapkan ‘may god bless you’ sahaja kepada beliau kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah sikap beliau itu.. Inilah pemimpin didikan Anwar Ibrahim. 
 
Seperti Rafizi, Anwar tidak kira apa yang berlaku kepada negeri dan negara, yang penting jalannya ke Putrajaya jangan ada halangan. Isterinya mesti menjadi Menteri Besar ‘at all costs’.

Jalan ke Putrajaya ini sememangnya terbuka luas untuk beliau melaluinya, tetapi aneh, beliau sendiri yang meletakkan halangan terhadap dirinya sendiri untuk kesana. Tetapi pihak-pihak lain pula yang di salahkan kerana ada halangan untuk beliau ke sana,

Sesungguhnya PKR sedang menghadapi kemusnahan kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Rupa-rupanya pendidikan yang tinggi tidak dapat memperbaiki sikap dan nilai negatif yang ada dalam setengah manusia pemimpin ini. Rupa-rupanya kekalahan PR dalam PRU yang lalu mempunyai hikmah yang sangat besar. 
 
Kalau PR berjaya dan Anwar menjadi Perdana menteri, tidak dapat di bayangkan apa yang beliau lakukan terhadap mereka yang beliau tidak suka. 
 
Ingat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa memasukkan orang dalam dan mengeluarkannya dari penjara itu. Perdana menteri Malaysia lebih berkuasa dari Presiden AS.

Kasihan juga saya terhadap DAP kerana begitu taksub untuk membela PKR, tetapi mereka tidak nampak yang PKR sendiri melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri mereka sendiri.

Setidak-tidaknya PAS sudah mulai sedar akan kelakuan pimpinan PKR ini walaupun agak terlewat. ‘BUT it’s better late than never’. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.