Followers

Wednesday, August 20, 2014

Pemimpin akar umbi Umno mahu Najib dengar nasihat Dr Mahathir OLEH ANISAH SHUKRY


Photo: Pemimpin akar umbi Umno mahu Najib dengar nasihat Dr Mahathir

OLEH ANISAH SHUKRY

Published: 19 August 2014

Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014. Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014.

Pemimpin akar umbi Umno menyifatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipandang serius walaupun sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kuat ketika ini.

Mereka yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, ketakpuashatian di kalangan ahli terhadap pendirian "berlembut" Najib ke atas lawannya dan sentimen sahaja tidak memadai untuk mendesak ahli Parlimen Pekan itu disingkir.

"Saya rasa Dr Mahathir betul, Najib terlalu lembut. Hari ini jika kamu biarkan isu sensitif membiak tanpa menyekatnya, ia tidak baik kepada semua orang. Sama ada suka atau tidak, beliau perlu tegas dan cepat," kata Ketua cawangan Umno Taman Melur, Mohd Aznam Mohd Zin.

"Jika beliau terus begini, ia tidak mustahil beliau akan terpaksa letak jawatan. Jadi, perubahan perlu dibuat supaya tidak berlaku perkara sama kepada Pak Lah," katanya merujuk kepada bekas perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir dalam tulisan blog semalam mengatakan beliau menarik kembali sokongannya kepada Najib, serta mengatakan prestasi perdana menteri lebih buruk berbanding Abdullah.

Dr Mahathir mendakwa kritikannya tidak didengar dan menyalahkan pentadbiran Najib sebagai punca hubungan antara kaum semakin teruk, ekonomi dan kewangan negara tidak stabil.

Namun, Aznam berkata, ahli Umno masih menyokong Najib dan menyifatkan kata-kata Dr Mahathir itu sekadar kritikan semata-mata.

"Bagi saya, tidak ada salah untuk kritik Najib. Kerana seperti saya sebagai seorang pemimpin, juga mengetahui tekanan semakin memuncak dalam isu yang menghina.

"Setakat yang saya tahu, Dr Mahathir tidak menarik balik sokongannya tetapi cuba menyampaikannya. Malah tajuk blognya adalah 'menegur'," kata Aznam.

Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee juga senada apabila mengatakan tulisan Dr Mahathir itu diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya.

"Jika terdapat kritikan, ia bukan tanda kebencian tetapi peringatan untuk memperbaiki parti dan pentadbiran kerajaannya. Jika Dr Mahathir tidak sayang Najib, beliau tidak akan buat kritikan seperti itu," kata Syed Ali dalam tulisan di blognya.

Namun, Syed Ali menggesa Najib dan semua pemimpin Umno menerimanya dengan terbuka dan mengambil pengajaran daripadanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir mengenai penasihat Najib mungkin tidak memberi gambaran sebenar keadaan semasa kerana terlalu mahu mengambil hati.

"Mereka yang ada kedudukan dalam parti dan kerajaan perlu memberi pandangan yang ikhlas kepada perdana menteri," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Pemuda Barisan Nasional (BN) Zaidel Baharuddin berkata kepada The Malaysian Insider pandangan Dr Mahathir itu tidak mencerminkan sentimen keseluruhan ahli dalam parti itu.

"Pastinya terdapat mereka yang tidak gembira. Dan terdapat kewajaran Dr Mahathir menyatakan pandangannya dan perlu berkata secara terbuka. Supaya Najib mengambil perhatian.

"Tapi rasa tidak gembira cukup untuk menggantikannya? Tidak," kata Zaidel.

"Ia tidak sama yang berlaku kepada Pak Lah atau kepada Hadi Awang," kata beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, Ketua Bahagian Umno Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid menolak pandangan Dr Mahathir dan terkeliru dengan kata-kata bekas perdana menteri itu.

"Saya tidak ada masalah dengan Najib. Dia seorang yang tegas dan menguruskan dirinya dengan baik, terutamanya semasa mengendalikan isu MH17 dan MH370," kata Rizuan.

"Kita sepatutnya beri Najib peluang. Tidak jadi masalah untuk mengkritiknya jika beliau buat tidak baik, tetapi sebenarnya beliau memperbaiki setiap hari."

Menurut Rizuan, Dr Mahathir sendiri pernah berdepan dengan cabaran dan sebagai pemimpin veteran beliau juga perlu memberikan sokongan kepada Najib.

"Beliau bukan perdana menteri lagi, beliau perlu sokong Najib. Sebelum ini, beliau kritik Pak Lah dan sekarang ini buat perkara sama kepada Najib. Biarkan mereka buat kerja mereka," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak kritikan Dr Mahathir serta mengulangi sokongan penuh kepada presiden parti mereka. –  
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-akar-umbi-umno-mahu-najib-dengar-nasihat-dr-mahathir#sthash.SAvluMnJ.dpuf

Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya.   
Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014.

Pemimpin akar umbi Umno menyifatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipandang serius walaupun sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kuat ketika ini.

Mereka yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, ketakpuashatian di kalangan ahli terhadap pendirian "berlembut" Najib ke atas lawannya dan sentimen sahaja tidak memadai untuk mendesak ahli Parlimen Pekan itu disingkir.

"Saya rasa Dr Mahathir betul, Najib terlalu lembut. Hari ini jika kamu biarkan isu sensitif membiak tanpa menyekatnya, ia tidak baik kepada semua orang. Sama ada suka atau tidak, beliau perlu tegas dan cepat," kata Ketua cawangan Umno Taman Melur, Mohd Aznam Mohd Zin.

"Jika beliau terus begini, ia tidak mustahil beliau akan terpaksa letak jawatan. Jadi, perubahan perlu dibuat supaya tidak berlaku perkara sama kepada Pak Lah," katanya merujuk kepada bekas perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir dalam tulisan blog semalam mengatakan beliau menarik kembali sokongannya kepada Najib, serta mengatakan prestasi perdana menteri lebih buruk berbanding Abdullah.

Dr Mahathir mendakwa kritikannya tidak didengar dan menyalahkan pentadbiran Najib sebagai punca hubungan antara kaum semakin teruk, ekonomi dan kewangan negara tidak stabil.

Namun, Aznam berkata, ahli Umno masih menyokong Najib dan menyifatkan kata-kata Dr Mahathir itu sekadar kritikan semata-mata.

"Bagi saya, tidak ada salah untuk kritik Najib. Kerana seperti saya sebagai seorang pemimpin, juga mengetahui tekanan semakin memuncak dalam isu yang menghina.

"Setakat yang saya tahu, Dr Mahathir tidak menarik balik sokongannya tetapi cuba menyampaikannya. Malah tajuk blognya adalah 'menegur'," kata Aznam.

Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee juga senada apabila mengatakan tulisan Dr Mahathir itu diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya.

"Jika terdapat kritikan, ia bukan tanda kebencian tetapi peringatan untuk memperbaiki parti dan pentadbiran kerajaannya. Jika Dr Mahathir tidak sayang Najib, beliau tidak akan buat kritikan seperti itu," kata Syed Ali dalam tulisan di blognya.

Namun, Syed Ali menggesa Najib dan semua pemimpin Umno menerimanya dengan terbuka dan mengambil pengajaran daripadanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir mengenai penasihat Najib mungkin tidak memberi gambaran sebenar keadaan semasa kerana terlalu mahu mengambil hati.

"Mereka yang ada kedudukan dalam parti dan kerajaan perlu memberi pandangan yang ikhlas kepada perdana menteri," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Pemuda Barisan Nasional (BN) Zaidel Baharuddin berkata kepada The Malaysian Insider pandangan Dr Mahathir itu tidak mencerminkan sentimen keseluruhan ahli dalam parti itu.

"Pastinya terdapat mereka yang tidak gembira. Dan terdapat kewajaran Dr Mahathir menyatakan pandangannya dan perlu berkata secara terbuka. Supaya Najib mengambil perhatian.

"Tapi rasa tidak gembira cukup untuk menggantikannya? Tidak," kata Zaidel.

"Ia tidak sama yang berlaku kepada Pak Lah atau kepada Hadi Awang," kata beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, Ketua Bahagian Umno Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid menolak pandangan Dr Mahathir dan terkeliru dengan kata-kata bekas perdana menteri itu.

"Saya tidak ada masalah dengan Najib. Dia seorang yang tegas dan menguruskan dirinya dengan baik, terutamanya semasa mengendalikan isu MH17 dan MH370," kata Rizuan.

"Kita sepatutnya beri Najib peluang. Tidak jadi masalah untuk mengkritiknya jika beliau buat tidak baik, tetapi sebenarnya beliau memperbaiki setiap hari."

Menurut Rizuan, Dr Mahathir sendiri pernah berdepan dengan cabaran dan sebagai pemimpin veteran beliau juga perlu memberikan sokongan kepada Najib.

"Beliau bukan perdana menteri lagi, beliau perlu sokong Najib. Sebelum ini, beliau kritik Pak Lah dan sekarang ini buat perkara sama kepada Najib. Biarkan mereka buat kerja mereka," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak kritikan Dr Mahathir serta mengulangi sokongan penuh kepada presiden parti mereka.  

Pemimpin akar umbi Umno mahu Najib dengar nasihat Dr Mahathir


Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014. Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengatakan tulisan Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014.
Pemimpin akar umbi Umno menyifatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipandang serius walaupun sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kuat ketika ini.
Mereka yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, ketakpuashatian di kalangan ahli terhadap pendirian "berlembut" Najib ke atas lawannya dan sentimen sahaja tidak memadai untuk mendesak ahli Parlimen Pekan itu disingkir.

"Saya rasa Dr Mahathir betul, Najib terlalu lembut. Hari ini jika kamu biarkan isu sensitif membiak tanpa menyekatnya, ia tidak baik kepada semua orang. Sama ada suka atau tidak, beliau perlu tegas dan cepat," kata Ketua cawangan Umno Taman Melur, Mohd Aznam Mohd Zin. "Jika beliau terus begini, ia tidak mustahil beliau akan terpaksa letak jawatan. Jadi, perubahan perlu dibuat supaya tidak berlaku perkara sama kepada Pak Lah," katanya merujuk kepada bekas perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir dalam tulisan blog semalam mengatakan beliau menarik kembali sokongannya kepada Najib, serta mengatakan prestasi perdana menteri lebih buruk berbanding Abdullah.
Dr Mahathir mendakwa kritikannya tidak didengar dan menyalahkan pentadbiran Najib sebagai punca hubungan antara kaum semakin teruk, ekonomi dan kewangan negara tidak stabil.
Namun, Aznam berkata, ahli Umno masih menyokong Najib dan menyifatkan kata-kata Dr Mahathir itu sekadar kritikan semata-mata.
"Bagi saya, tidak ada salah untuk kritik Najib. Kerana seperti saya sebagai seorang pemimpin, juga mengetahui tekanan semakin memuncak dalam isu yang menghina.
"Setakat yang saya tahu, Dr Mahathir tidak menarik balik sokongannya tetapi cuba menyampaikannya. Malah tajuk blognya adalah 'menegur'," kata Aznam.
Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee juga senada apabila mengatakan tulisan Dr Mahathir itu diumpamakan seperti bapa memarahi anaknya.
"Jika terdapat kritikan, ia bukan tanda kebencian tetapi peringatan untuk memperbaiki parti dan pentadbiran kerajaannya. Jika Dr Mahathir tidak sayang Najib, beliau tidak akan buat kritikan seperti itu," kata Syed Ali dalam tulisan di blognya.
Namun, Syed Ali menggesa Najib dan semua pemimpin Umno menerimanya dengan terbuka dan mengambil pengajaran daripadanya.
Beliau juga bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir mengenai penasihat Najib mungkin tidak memberi gambaran sebenar keadaan semasa kerana terlalu mahu mengambil hati.
"Mereka yang ada kedudukan dalam parti dan kerajaan perlu memberi pandangan yang ikhlas kepada perdana menteri," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Pemuda Barisan Nasional (BN) Zaidel Baharuddin berkata kepada The Malaysian Insider pandangan Dr Mahathir itu tidak mencerminkan sentimen keseluruhan ahli dalam parti itu.
"Pastinya terdapat mereka yang tidak gembira. Dan terdapat kewajaran Dr Mahathir menyatakan pandangannya dan perlu berkata secara terbuka. Supaya Najib mengambil perhatian.
"Tapi rasa tidak gembira cukup untuk menggantikannya? Tidak," kata Zaidel.
"Ia tidak sama yang berlaku kepada Pak Lah atau kepada Hadi Awang," kata beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, Ketua Bahagian Umno Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid menolak pandangan Dr Mahathir dan terkeliru dengan kata-kata bekas perdana menteri itu.
"Saya tidak ada masalah dengan Najib. Dia seorang yang tegas dan menguruskan dirinya dengan baik, terutamanya semasa mengendalikan isu MH17 dan MH370," kata Rizuan.
"Kita sepatutnya beri Najib peluang. Tidak jadi masalah untuk mengkritiknya jika beliau buat tidak baik, tetapi sebenarnya beliau memperbaiki setiap hari."
Menurut Rizuan, Dr Mahathir sendiri pernah berdepan dengan cabaran dan sebagai pemimpin veteran beliau juga perlu memberikan sokongan kepada Najib.
"Beliau bukan perdana menteri lagi, beliau perlu sokong Najib. Sebelum ini, beliau kritik Pak Lah dan sekarang ini buat perkara sama kepada Najib. Biarkan mereka buat kerja mereka," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak kritikan Dr Mahathir serta mengulangi sokongan penuh kepada presiden parti mereka. – 19 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-akar-umbi-umno-mahu-najib-dengar-nasihat-dr-mahathir#sthash.SAvluMnJ.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.