Followers

Thursday, August 14, 2014

Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. 

Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.


Sidang media Anwar dan Guan Eng selepas Exco dipecat.
Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Engan tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. 


Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? 


Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. 


Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?


Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.


Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. 


Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.


Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. 


Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. 


Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. [wm.kl.3:11 pm 13/08/14]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.