Followers

Monday, August 25, 2014

PAS serah kepada Sultan tentukan jawatan MB Selangor

MESYUARAT Jawatankuasa Kerja Parti Islam, PAS memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor. 

Sinar Harian pula melaporkan PAS tetap dengan pendirian mahu menamakan ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali sebagai calon kedua untuk jawatan Menteri Besar Selangor selain Pr‎esiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang.
Sebelum ini ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali  dilaporkan menghargai pencalonan oleh PAS itu, namun menolak namanya dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau mahu menumpukan kerangka lebih besar dalam perjuangan Pakatan Rakyat. 

Pakatan Rakyat sebelum ini telah memutuskan bahawa hanya satu nama dibawa menghadap Sultan Selangor, untuk dicalonkan sebagai‎ MB Selangor, iaitu Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN. 

‎Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN sebelum ini telah sebulat suara memilih presiden parti sebagai Menteri Besar Selangor. 

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/pas-serah-kepada-sultan-tentukan.html#ixzz3BOkbIhRD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.