"Anwar
tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid
sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."
Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.
Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan
Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut
menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya
negeri nanti.
"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.
"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa
memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.
Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat
jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.
"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya. ~malaysia gazette
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.