Haji Hadi Khianati Perjuangan PAS
Apa tidaknya? Salahkah kalau aku kata Haji Hadi khianati perjuangan PAS?
Bukankah orang-orang
PAS sangat marahkan Anwar dan tidak mahu Anwar jadi PM jika PR berjaya
ke Putra Jaya selepas PRU13 dulu? Oklah tu, tak mengapa...
Bukankah orang-orang PAS sangat-sangat mahukan Haji Hadi jadi PM? Betullah tu sebab dia seorang Presiden PAS!
Apakah korang setuju Tengku Razaleigh, veteran Umno, bukan ahli PAS dilantik jadi Perdana Menteri Malaysia?
Itulah Haji Hadi secara diam-diam
kat belakang korang, rupa-rupanya dia mahukan Tengku Razaleigh pula
yang jadi PM ! Apa cerita ni? Korang mesti wala' menggila jugakan??
Pakatan belum sepakat siapa calon PM, kata Rafizi
Walau setinggi mana hasrat mereka mengambil alih Putrajaya,
Pakatan Rakyat masih belum mencapai persetujuan siapa yang akan
dijadikan perdana menteri sekiranya ia menjadi kenyataan, kata Rafizi
Ramli.
Katanya, sehingga sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS masih menolak pencalonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerajaan PR.
"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.
"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu pada satu forum malam tadi.
Mengejutkan semua yang hadir, Rafizi mendedahkan itulah sebabnya PKR segera mengambil Langkah Kajang pada awal tahun ini tanpa membincangkannya terlebih dulu dengan parti Islam itu.
"Saya percaya kalau pun kita bincangkan isu ini (penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor) dengan PAS, masalah tidak akan selesai.
"Tengoklah, lepas enam tahun bincang pasal calon perdana menteri pun kita masih tidak berjaya mencapai kata sepakat," kata Rafizi.
Rafizi kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang Pakatan masih belum memutuskan hingga sekarang siapa yang akan jadi perdana menteri, terutamanya kerana PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Anwar.
"Jawapan rasmi awal-awal semasa majlis Pakatan tahun lepas ialah kita akan buat keputusan (siapa jadi perdana menteri) selepas kita menang Putrajaya.
"Tapi, sebulan sebelum PRU13 tahun lepas, PAS dan pimpinan tertingginya datang kepada kita memberitahu keputusan mereka untuk mencalonkan Tengku Razaleigh," katanya.
Katanya, Pakatan tiada pilihan lain kecuali berdiam diri pada waktu itu, memandangkan mereka sedar sekiranya perkara itu tersebar, kedudukan Pakatan dalam PRU13 akan terjejas. “Sebab itu, kami tidak dapat mengumumkan calon perdana menteri sehingga ke akhirnya,” kata Rafizi.
Beliau berkata, selepas kegagalan mengambil alih Putrajaya pada PRU13, Pakatan tidak pernah membincangkan semula perkara itu.
Bagaimanapun, katanya, PAS difahamkan masih tidak setuju Anwar sebagai perdana menteri. Rafizi berkata, beliau berharap isu siapa akan jadi perdana menteri jika Pakatan menang PRU akan diselesaikan segera.
"Kita kena selesaikan perkara ini sekarang, bukan empat tahun lagi. Itulah sebabnya, saya rasa kamu boleh lihat, PAS sangat berdegil dalam hal ini. Tapi, kita tidak boleh hendak menyertai PRU akan datang sekiranya kita terus biarkan isu ini tergantung.
“Mari kita betul-betul selesaikan perkara ini, bersama rakyat. Kalau PAS rasa ketidaksefahaman ini perlu tindakan serius dan segera bagi pihak mereka, terpulanglah,” katanya. Sementara itu, AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin yang turut hadir melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan Rafizi tentang keputusan pimpinan PAS menamakan veteran Umno itu sebagai calon perdana mentri.
"Walaupun saya AJK PAS Pusat, sesungguhnya saya tidak tahu langsung apa yang diceritakan Rafizi itu," katanya kepada hadirin forum itu malam tadi.
"Kalau saya tahu, saya sudah bangkang terang-terangan. Saya mahu semua orang tahu, kami dalam PAS hendak membawa satu era politik baharu. Kita mesti faham yang rakyat memerhatikan kita, kita tidak boleh bertindak seperti 20 tahun lepas.
"Saya katakan di sini, apa yang PAS lakukan itu tidak beretika dan tidak Islamik," katanya disambut sorakan dan tepukan hadirin.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan pimpinan PAS tahun lalu mencalonkan seseorang dari luar Pakatan sebagai perdana menteri adalah pengkhianatan kepada parti, rakan dan rakyat.
"Kami tidak tau. Kalau kami tahu, kalau Khalid Samad (ahli Parlimen Shah Alam) tahu, tentu kami sudah bangkang. Saya mohon maaf kepada rakan dalam Pakatan.
"Ia sangat tidak beretika, memalukan dan saya sangat kecewa," katanya.
Sedang hangat diperkatakan sekarang Pakatan mungkin berpecah selepas Hadi menyatakan sokongan terhadap Khalid untuk meneruskan sebagai menteri besar Selangor.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas PKR dan DAP mengatakan mereka bersetuju menukar Khalid, mengundang perbalahan antara ketiga-tiga ahli Pakatan pembangkang itu.
Tetapi, Sabtu lalu, pemimpin Pakatan berikrar yang mereka akan terus bekerja bersama dan akan menyelesaikan perkara itu sebagai satu barisan.
Anwar, Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan komited dalam hal itu.
"Kami komited menghadapi isu yang timbul secara bersama, dengan berani, dengan berpegang kepada prinsip yang kami setujui bersama iaitu untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan rakyat kepada kami," kata mereka dalam satu kenyataan. – 6 Ogos, 2014.9 - SUMBER
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.