Melaka: “Ummi
tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah
sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika
menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan
terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya
pulang ke negara asalnya.
Anak
bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya
selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar
30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun
lalu.
Azizah
kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa
Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta
bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.
Tertekan
dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit
jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan
anaknya merayu membantunya pulang.
KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili.
Menurut
Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu
terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan
anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di
Felda.
-hmetro-
*Dah banyak kes perempuan melayu ikut jantan asing lepas tu mengadu hidup susah, kena aniaya, kena tipu duit habis beribu dan macam2 lagi tapi tak serik dan mahu ambil pengajaran.
*Dah banyak kes perempuan melayu ikut jantan asing lepas tu mengadu hidup susah, kena aniaya, kena tipu duit habis beribu dan macam2 lagi tapi tak serik dan mahu ambil pengajaran.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.