Followers

Wednesday, August 20, 2014

Neelofa Ke Bakal Permaisuri Agong Malaysia Lepas Ni ? Glup!

Neelofa ada bau bau bacang nak kahwin dengan kerabat diraja.. Aku ada jugak terima wasap yang neelofa nak kawin dengan kerabat diraja kelantan and kemungkinan jadi permaisuri agong malaysia.. Kalau betul... Fuhhhhhhh.. permaisuri tercantik dalam sejarah malaysia kot....

Kontroversi yang melibatkan pengacara dan pelakon Neelofa yang bakal berkahwin dengan kerabat diraja nampaknya semakin merunsingkan apabila dia tidak mahu memberikan kenyataan langsung berhubung dengan perkara itu.
Ketika ditemui semasa tamat majlis program 1Malaysia Ikon di Sunway Hotel Resort & Spa hari ini. Neelofa yang dikejar beberapa media, terus sahaja ke pintu lif sambil tersenyum dan hanya mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada mereka yang mengerumuninya.
Bercakap kepada Astro Awani sebelum ini, Neelofa mendedahkan yang beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.
Kemungkinan selepas ini akan ada sidang media khas untuk menjernihkan kemelut yang dihadapi oleh pengacara dan pelakon ini. Sama-sama kita nantikan. (rotikaya)

  
Zar Ali III's photo.
Zar Ali III's photo.
Zar Ali III's photo.

 
KUALA LUMPUR: Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

“Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Neelofa sewaktu dihubungi Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dakwaan-neelofa-bakal-berkahwin-dengan-kerabat-diraja-tidak-benar-sumber-istana-41955?cp

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.