Sultan beri perkenan terus jalankan tugas MB. |
Puak yang
mendokong Khalid Ibrahim
mungkin merasa lega apabila Majlis Dewan Diraja Selangor telah
menasihatkan Sultan Selangor supaya memberi laluan kepada Khalid untuk
terus jadi MB Selangor.
Dengan mempercayai bahawa Khalid masih mendapat kepercayaan Adun Selangor, Sultan Selangor memberi perkenan supaya Khalid terus menjadi MB Selangor. Tetapi perkenaan itu tidak merupakan sesuatu yang muktamad dan sahih.

Ia
mungkin berlaku setakat beberapa hari sahaja, paling lama sehingga Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang dijangka 17 Ogos setelah ditunda sebanyak dua kali, 10 dan 13 Ogos.
Pengakuan Khalid kepada Sultan Selangor kononnya dia mendapat kepercayaan Adun Selangor meragukan kerana tidak ada bukti jelas atau pun sebarang pernyataan bertulis.

Khalid hanya beranggapan
dia mendapat sokongan ahli Dewan dengan berpandukan kepada kenyataan
akhbar kononnya empat Exco daripada Pas kekal bersamanya serta pengakuan
media yang 12 Adun Umno menyokongnya sebagai bukti beliau masih mendapat sokongan.
Tidak ada apa-apa surat pernyataan yang ditanda tangani oleh ke empat Exco Pas itu menunjukkan apa yang didakwa oleh Khalid tidak sahih.

Agak
menghairankan juga macam mana Sultan boleh mempercayai Khalid tanpa ada
bukti nyata? Barang kali inilah dikatakan budibicara.
Jika dihitung angka-angka yang disebut Khalid itu ini bermakna hanya 16 orang Adun sahaja yang menyokongnya semantara 39 orang Adun lagi masih menjadi tanda tanya.

39 Adun itu 15 daripada DAP, 13 daripada PKR dan 11 daripada
Pas.
Sekiranya 39 Adun ini tidak menyokongnya macam mana beliau boleh
mempersembahkan kononnya beliau mendapat sokongan ahli Dewan? Bukankan
itu satu penipuan atau mempermainkan sultan?
DAP telah menyatakan yang kesemua 15 Adun mereka hilang kepercayaan kepada Khalid. Persoalan kini apakah 13 Adun PKR dan 11 Adun Pas menyokong Khalid atau pun tidak?
Secara gantlemannya Khalid tidak layak untuk memaklumkan kepada Sultan yang beliau masih mendapat sokongan ahli Dewan kerana tidak ada pernyataan bersurat berhubung sokongan berkenaan.

Kemusykilan juga
timbul berhubung hal ini sejauh manak pihak Istana atau Sultan
mempertimbangkan keadaan ini yang masih dalam samar-samar ini? Apakah
pihak Istana juga berpihak kepada Khalid?
Sementara itu seperti mana yang diduga awal-awal Khalid akan membawa kes pemecatannya ke mahkmah untuk memberi ruang kepada beliau bertindak mempertahankan kedudukannya.

Tindakan undang-undang ini adalah jalan
bagi dia mendapat "tali hayat" bagi tidak berundur walaupun beliau sudah
hilang hak dari segi perlembagaan parti.
Tindakan mahkamah atau
perundangan adalah untuk melengah-lengahkan masa membolehkah MB itu
terus berada di pejabat MB dan bekerja seperti biasa termasuk meluluskan
apa-apa projek yang dirancang.
Khalid akan terus berada di bilik MB sehinggalah mahkamah atau undang-undang memberi penjelasan dan kata putus dalam soal ini.

Manakala
Sultan pula dipecayai akan memberi kata dua berpandukan kepada
perkembangan seterusnya. Langkah ini disengajakan Khalid.
Dalam ruang
ini juga beliau akan terus mencari pengaruh bagi mendapat sokongan
daripada Pas dan juga beberapa Adun PKR.
Perkembangan selanjutnya mengenai nasib Khalid akan ditentukan oleh Pas. Khalid telah eksplotasi kenyataan media Pas dibuat Mustapa Ali. Di sinilah Pas menjadi pemegang anak kunci kepada ketentuan nasib Khalid.

Pas boleh mengambil kesempatan dalam situasi hari ini termasuk memiliki
jawatan MB menerusi Khalid.
Dengan sokongan kesemua ahli Pas 15 dicampur dengan Umno 12 menjadi 27, Khalid boleh kekal sebagai MB dengan mendapat kepercayaan anggota Dewan.

Kekurangan dua Adun untuk mendapat majoriti Khalid mungkin akan
berusaha untuk mendapat sokongan sekurang-kurang dua anggota Adun PKR.
Umno telah membuat kejutan apabila menyatakan kesemua Adunnya akan memberi sokongan kepada Khalid. Muhyiddin Mohd Yassin mengatakan sokongan itu adalah ikhlas bukan ada apa-apa undang disebalik batu?

Sokongan Umno itu yang dianggap pelih dan diluar moral politik itu sebenarnya tidak memelikkan apabila menyelidik dan membelek politik Umno selama ini.
Dalam tempoh 48 jam ini sangat penting bagi Khalid dan juga PKR khasnya bagi menentukan nasib masing-masing. Sudah tentu mulai semalam Khalid atau agennya sedang berusaha untuk mendapatkan korum bagi mengekalkannya sebagai MB. Harga Adun Pas dan PKR juga ketika ini naik mendadak.

Mana-mana Adun yang bersedia untuk mengkhianati Pakatan Rakyat dan
memalukan Anwar Ibrahim bakal menerima bayaran lumayan dan boleh berbuat mengikut kehendak sendiri.
Saya tidak mahu maralkan apa-apa di sini, tetapi kita sama-sama tunggu siapakah dalam kalangan 11 Adun Pas dan 11 Adun PKR akan sedia untuk menjual maruah mereka dengan bertindak berpaling tadah atau pun mengkhianati semangat Pakatan Rakyat.

Saya yakin kesemua Adun DAP 15
orang akan konsisten dengan pendirian mereka menolak Khalid, termasuk
juga tiga Exco mereka akan mengambil tindakan meletak jawatan.
Apakah Pas akan memberi arahan kepada empat Exconya dan 11 Adunnya terus menyokong Khalid atau tidak? Pas akan dinilai oleh seluruh pengundi dan rakyat Malaysia mengenai wibawa politiknya.

Dalam pada itu dalam pengamatan saya
berpandukan senario dalam Pas berhubung kronologi krisis MB ini Pas
mungkin akan turut membuat kejutan politik sama dengan Umno, menyokong
Khalid? [wkl.kl. 9:02 pm 11/08/14]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.