Semoga ungkapan mudah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, "Musuh Politik Saya Ialah Umno/BN" akan menjadi kata kunci kepada semua AJK PAS Pusat yang akan menghadiri mesyuarat tergemparnya hari ini, 25 Ogos, 2014.
Kita ucapkan selamat bersidang kepada mereka semoga mendapat solusi yang terbaik dalam mengakhiri kemelut isu perlantikan MB Selangor.
Apakah ramalan untuk konar baring hingga cecah telinga akan menjadi kenyataan? Semoga Allah terus memelihara perjuangan PAS dan terus berada dilandasan perjuangannya yang sebenar. Kita lihat dan tunggu sambil berdoa yang terbaik untuk semua.
Dengan 30 SD, Azizah tak perlu tunggu PAS'
Kelewatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menandatangani akuan
berkanun (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak penting
kerana PKR sudah pun mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.
“Saya fikir 30 SD (menyokong Azizah) sudah lebih daripada cukup.
“Tidak mengapa jika PAS berlengah-lengah menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah,” kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari malam tadi.
Pensyarah undang-undang berkata 30 SD itu ibarat sambil menyelam sambil minum air.
“Implikasi undang-undang terhadap SD itu juga penting: ia mengambil budi bicara sultan dalam melantik MB.
“Kewujudan SD itu menjadikan peranan sultan kini hanya formaliti dan istiadat semata-mata,” katanya dalam kenyataan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.