Majlis Peguam Malaysia mengulangi saranannya supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku
Polis (IPCMC).
Presidennya Christopher Leong berkata Majlis Peguam mengulangi saranan itu memandangkan kejadian kematian ketika dalam tahanan polis terus berlaku.
"Kami akan mengadakan perjumpaan dengan masyarakat sivil yang berminat untuk berkempen bagi menghidupkan kembali usaha menuntut penubuhan IPCMC dan kemudian, menetapkan pendekatan yang perlu digunakan masyarakat sivil ke arah itu.
"Ini adalah suatu perkara yang akan dilakukan Majlis Peguam dengan pihak lain. Kami juga berharap kempen ini diadakan di seluruh negara...sejajar dengan itu, langkah segera seterusnya ialah duduk berbincang dengan masyarakat
sivil bagi merancang pelagai modul bagi kempen ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri satu forum di Kuala Lumpur, hari ini.
Tiga anggota panel membincangkan keperluan menubuhkan IPCMC pada forum itu yang bertajuk 'Kebertanggungjawaban Polis di Malaysia'. Mereka ialah Leong, bekas presiden Majlis Peguam Datuk Yeo Yang Poh dan Timbalan Pengarah Human Rights Watch Asia Phil Robertson.
IPCMC adalah sebuah badan pengawas polis yang pertama kali dicadangkan penubuhannya oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menambah baik pasukan polis pada 2005.
Tahun lepas, media tempatan melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan IPCMC tidak perlu ditubuhkan kerana Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mampu mengendalikan isu berkaitan integriti dan disiplin
anggota polis.
Pada tahun sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan penubuhan IPCMC ditolak kerajaan kerana ia tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan konsep keadilan.
-- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.