Followers

Thursday, August 21, 2014

LTSAS selamat digunakan pesawat bersaiz besar, kata Aziz Kaprawi

Photo: LTSAS selamat digunakan pesawat bersaiz besar, kata Aziz Kaprawi

Published: 21 August 2014

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang sebelum ini berdepan masalah lubang benam, kini boleh digunakan secara penuh termasuk pesawat bersaiz besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi (gambar) berkata ini perkara tersebut diselesaikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama syarikat pakar yang dilantik.

"MAHB dan syarikat itu membuat kajian dan mendapati masalah sebenarnya adalah 'sinkhole' biasa yang sudah diatasi.

"Jadi maknanya, LTSAS kini boleh digunakan sepenuhnya dan ini merupakan satu berita baik untuk negeri Perak," katanya selepas membuat lawatan kerja di LTSAS, di Ipoh hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air telah mengemukakan cadangan untuk memulakan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain, termasuk ke Subang, Medan, Indonesia dan Johor Baharu.

Justeru, Zambry berkata rakyat negeri Perak mahupun syarikat penerbangan pesawat luar, tidak perlu lagi ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan di LTSAS.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan Datuk Abdul Aziz Kaprawi selaku Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menyelesaikn masalah lapangan terbang Ipoh ini.

"Akhirnya, kita mendapat berita yang baik dan saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan semua pegawai yang bertungkus lumus untuk memastikan keadaan lapangan terbang Ipoh kembali seperti sedia kala dan boleh digunakan," katanya.

Jelas beliau, semasa kunjungan Duta China ke pejabatnya baru-baru ini, negara berkenaan menyuarakan hasrat untuk menjadikan LTSAS sebagai hab penerbangan komersial mereka.

Bagaimanapun, permintaan dan hasrat republik itu, katanya akan dipertimbangkan dan dikaji sebaik mungkin sebelum dilaksanakan.

"Jadi, permintaan ada dan pastinya kita akan membuat kajian mengenai kemungkinan untuk menjadikan Lapangan Terbang Ipoh sebagai satu daripada lapangan terbang komersial bagi negara berkenaan (China)," katanya sambil menambah negeri ini juga menjangkakan lebih ramai kedatangan pelancong pada tahun ini.

Pada 18 Februari lepas, Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Perak melahirkan dukacita dan kecewa apabila Kementerian Pengangkutan, MAHB serta syarikat perunding pembinaan bagi kerja naik taraf LTSAS gagal mengemukakan laporan kajian penuh seperti yang dikehendaki jawatankuasa itu.

Laporan itu diminta apabila PAC Perak mendapati landasan LTSAS tidak boleh digunakan pesawat lebih besar selepas kerja pemanjangan serta pelebaran bernilai RM15.22 juta selesai dilaksanakan.

Antara punca landasan yang dinaik taraf itu tidak boleh digunakan kerana berlakunya sembilan lubang benam pada struktur tanah landasan itu.

Kos menaik taraf LTSAS yang bermula pada April 2011 dan siap pada November 2012 itu bernilai RM37.6 juta dan ia sepatutnya mula beroperasi pada Januari 2013.

Antara kerja-kerja menaik taraf LTSAS ialah memanjangkan landasan daripada 1,780 meter ke 2,000 meter untuk membolehkan pesawat lebih besar seperti Boeing 737 dan Airbus A320 mendarat selain meningkatkan kemudahan di Kompleks Kastam dan Imigresen serta kemudahan pengangkutan awam. – Bernama, 21 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ltsas-selamat-digunakan-pesawat-bersaiz-besar-kata-aziz-kaprawi#sthash.kforHY9q.dpuf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang sebelum ini berdepan masalah lubang benam, kini boleh digunakan secara penuh termasuk pesawat bersaiz besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi (gambar) berkata ini perkara tersebut diselesaikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama syarikat pakar yang dilantik.

"MAHB dan syarikat itu membuat kajian dan mendapati masalah sebenarnya adalah 'sinkhole' biasa yang sudah diatasi.

"Jadi maknanya, LTSAS kini boleh digunakan sepenuhnya dan ini merupakan satu berita baik untuk negeri Perak," katanya selepas membuat lawatan kerja di LTSAS, di Ipoh hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air telah mengemukakan cadangan untuk memulakan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain, termasuk ke Subang, Medan, Indonesia dan Johor Baharu.

Justeru, Zambry berkata rakyat negeri Perak mahupun syarikat penerbangan pesawat luar, tidak perlu lagi ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan di LTSAS.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan Datuk Abdul Aziz Kaprawi selaku Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menyelesaikn masalah lapangan terbang Ipoh ini.

"Akhirnya, kita mendapat berita yang baik dan saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan semua pegawai yang bertungkus lumus untuk memastikan keadaan lapangan terbang Ipoh kembali seperti sedia kala dan boleh digunakan," katanya.

Jelas beliau, semasa kunjungan Duta China ke pejabatnya baru-baru ini, negara berkenaan menyuarakan hasrat untuk menjadikan LTSAS sebagai hab penerbangan komersial mereka.

Bagaimanapun, permintaan dan hasrat republik itu, katanya akan dipertimbangkan dan dikaji sebaik mungkin sebelum dilaksanakan.

"Jadi, permintaan ada dan pastinya kita akan membuat kajian mengenai kemungkinan untuk menjadikan Lapangan Terbang Ipoh sebagai satu daripada lapangan terbang komersial bagi negara berkenaan (China)," katanya sambil menambah negeri ini juga menjangkakan lebih ramai kedatangan pelancong pada tahun ini.

Pada 18 Februari lepas, Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Perak melahirkan dukacita dan kecewa apabila Kementerian Pengangkutan, MAHB serta syarikat perunding pembinaan bagi kerja naik taraf LTSAS gagal mengemukakan laporan kajian penuh seperti yang dikehendaki jawatankuasa itu.

Laporan itu diminta apabila PAC Perak mendapati landasan LTSAS tidak boleh digunakan pesawat lebih besar selepas kerja pemanjangan serta pelebaran bernilai RM15.22 juta selesai dilaksanakan.

Antara punca landasan yang dinaik taraf itu tidak boleh digunakan kerana berlakunya sembilan lubang benam pada struktur tanah landasan itu.

Kos menaik taraf LTSAS yang bermula pada April 2011 dan siap pada November 2012 itu bernilai RM37.6 juta dan ia sepatutnya mula beroperasi pada Januari 2013.

Antara kerja-kerja menaik taraf LTSAS ialah memanjangkan landasan daripada 1,780 meter ke 2,000 meter untuk membolehkan pesawat lebih besar seperti Boeing 737 dan Airbus A320 mendarat selain meningkatkan kemudahan di Kompleks Kastam dan Imigresen serta kemudahan pengangkutan awam. – Bernama, 21 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ltsas-selamat-digunakan-pesawat-bersaiz-besar-kata-aziz-kaprawi#sthash.kforHY9q.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.