Sebuah bangunan berbendera Indonesia di Palestin dibbom roket Israel. Bangunan itu merupakan pusat pendidikan Al-Quran bantuan dari warga negeri ini.
Dilansir dari pejabat berita Antara, Ahad (3/8), Graha Darul Quran merupakan pusat kajian kitab suci umat Islam yang sengaja dilancarkan pihak Israel menyerang lebih dari 15 roket itu. Negara Zionis itu tidak peduli bendera merah-putih berkibar atau ada warga Indonesia yang terkorban. Demikian disampaikan salah satu sukarelawan Indonesia Abdillah Onim.
"Israel menggempur penempatan warga Kristian Palestin dan muslim. Mereka juga tidak peduli apakah ada warga negara lain. Semua mereka serang," ujar onim.
Bukan hanya bangunan kajian Al-Quran, Israel juga menyerang rumah sakit dan taman bermain. Bahkan mengorbankan kanak-kanak. Menurut Onim lagi, hanya tiga negara yang mahu membantu Gaza yakni Turki, Qatar, dan Algeria. Selebihnya tak mahu tahu.
Sebelum itu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis cuba mengaitkan Malaysia pula. Mereka mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.
Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.