Followers
Friday, August 8, 2014
Khuatir berpecah, PAS tangguh mesyuarat ke 13 Ogos OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata penangguhan mesyuarat dilakukan untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata penangguhan mesyuarat dilakukan untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.
Dalam satu langkah yang dilihat untuk mengelakkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah, PAS menunda tarikh mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang sepatutnya berlangsung pada10 Ogos ini kepada 13 Ogos untuk mempertimbangkan cadangan PKR berhubung kemelut jawatan menteri besar Selangor.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, penangguhan mesyuarat untuk menimbangkan cadangan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertujuan untuk disesuaikan dengan beberapa perubahan yang berlaku.
"Kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan keperluan semasa," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Penangguhan mesyuarat PAS ini dilakukan selepas Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam PR.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
“Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau,” kata kenyataan itu. – 7 Ogos, 2014.
-
See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.