Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kerana dalam
usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan
kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kerana
dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung
rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara
terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka
dalam krisis politik pertikaian menteri besar.
Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha
cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan
kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.
"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu
tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi,
saya terpaksa menghadapinya.
"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam
keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan
Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam
(SACC).
Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh
tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang
yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran." – tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.