Followers

Tuesday, August 19, 2014

Kenyataan Ayam Dr Zuhdi Marzuki

 
Selepas PAS bersetuju menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor dan menamakan 2 calon untuk menggantikannya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akhirnya mengambil keputusan hanya menamakan satu calon sahaja daripada dua nama yang dicadangkan PAS itu.
 
Ini adalah kerana calon yang satu lagi itu telah menarik diri. 

Tapi apa halnya Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS buat status ayam macam ini?


Patutlah sangat dia dikeluarkan dari jawatannya Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.Mula dulu tidak mengaku, kemudian dia akui pula? Bukan aku yang kata, Pak Subky kata :


Harap mereka yang sewaktu dengan Dr Zuhdi ni tolong baca kenyataan berikut:

PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
.

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.


Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor


Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.


Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar. "Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.


"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).


Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor. ~ 

al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.