Krisis Menteri Besar (MB) Selangor nampaknya sudah menghampiri
penghujung walaupun masih belum mencapai titik noktah.
Tan Sri Khalid
Ibrahim yang asalnya berkeras tidak mahu
melepaskan jawatan walaupun telah dipecat dari Parti Keadilan Rakyat
(PKR), akhirnya akur bahawa beliau sudah hilang sokongan majoriti Ahli
Dewan Undangan Negeri apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang
bermesyuarat pada 17hb lepas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR,
Datin Seri Dr. Wan AzizahWan Ismail sebagai MB Selangor yang baru.
Dalam
mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum itu telah membuat ketetapan untuk
mengekalkan Khalid sebagai MB, namun mesyuarat kepimpinan PAS baru-baru
ini ternyata memutuskan sebaliknya.
Bagi para pemerhati yang celik
politik, kemelut yang sudah memakan masa berbulan itu tidak mendatangkan
keuntungan kepada rakyat sedikit pun dan ternyata hanya berputar di
sekitar kepentingan parti/individu semata-mata. Isu ini tidak lebih
merupakan salah satu bukti bahawa demokrasi yang kononnya dari rakyat,
oleh rakyat, untuk rakyat sebenarnya adalah dari parti, oleh parti,
untuk parti!
Bolehkah Perempuan Menjadi Menteri Besar?
Antara persoalan penting yang gagal diketengahkan oleh parti/gerakan Islam dalam isu penggantian MB Selangor ini ialah kedudukan wanita sebagai MB, adakah ia dibenarkan oleh syarak? Namun demikian, alhamdulillah perbincangan ini berlaku pada segelintir kaum Muslimin yang masih mempunyai neraca Islam dan alhamdulillah ramai yang berpendapat perempuan tidak boleh menjadi pemimpin berdasarkan hadis
“Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan”.
Malangnya ada pihak yang berpendapat sebaliknya dengan berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis tersebut secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.

Hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan
konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang
menjadi maharani dan jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya,
wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat,
pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh, kata
pendapat itu lagi.
Pendapat tersebut sebenarnya telah terkeliru dari kefahaman hadis yang sebenar. Hadis tersebut sebenarnya berbicara tentang kedudukan anak perempuan Kisra yang dilantik sebagai raja yakni pemerintah/penguasa. Di dalam Islam, penguasa wajib lelaki. Tidak boleh (haram) dan tidak sah jawatan penguasa sekiranya dipegang oleh seorang perempuan.

Hadis dari AbiBakrahra. yang berkata, ketika
sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa penduduk Parsi mengangkat
anak perempuanKisra sebagai raja (penguasa) mereka, maka baginda
bersabda,
“Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan”[HR al-Bukhari].
Pemberitahuan Rasul SAW yang menafikan keberuntungan bagi orang yang menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang wanita merupakan larangan menyerahkan urusan tersebut kepada wanita, kerana itu termasuk lafazthalab (tuntutan).
Hadis riwayat Bukhari ini menunjukkan bahawa Islam melarang dengan tegas perempuan menjadi penguasa negara. Sekalipun hadis itu datang dalam bentuk khabar (berita), namun kerana ia disertai dengan celaan (“tidak beruntung”) maka ini merupakan bentuk larangan.

Adapun penggunaan lafaz“lan” yang menunjukkan pengertian selamanya (li
al-ta’bid) ini benar-benar telah menafikan keberuntungan dari mereka
yang menjadikan perempuan sebagai penguasa negara.
Dengan demikian, ini
menjadi qarinah (indikasi) yang menunjukkan tuntutan meninggalkan secara
jazm (tegas) yang membawa maksud haram.
Oleh itu, mengangkat wanita
menjadi waliy al-amr(pengurus urusan pemerintahan) hukumnya adalah
haram.
Mengangkat wanita sebagai penguasa dalam
pemerintahanbermaksud menjadikan wanita sebagai Khalifah (Ketua Negara)
dan apa jua jawatan lain yang termasuk ke dalam jawatan pemerintahan.
Ini kerana, objek pembahasan hadis tersebut adalah pengangkatan puteri
Kisra sebagai raja, yang bererti pengangkatan tersebut khusus terkait
dengan topik “pemerintahan”, bukansekadar menyangkut “peristiwa
pengangkatan” puteri Kisrasemata-mata.
Hadis tersebut tidak bersifat
umum dengan mencakup segala perkara yakni ia tidak mencakup masalah
selain pemerintahan. Dengan kata lain hadis tersebut tidak mencakup
masalah pengadilan/perundangan, majlis syura dan muhasabah, memilih
penguasadan lain-lain.
Oleh itu, mengangkat wanita selain
daripadajawatan yang terkait dengan pemerintahan,hukumnya jaiz (boleh).
Perlu difahami bahawa Islam membenarkan, malah mewajibkan perempuan berpolitik, sebagaimana lelaki. Namun Islam memberi batas tentang aktiviti politik perempuan, iaitu yang termasuk dalam aspek kekuasaan/pemerintahan.

Dalam hal ini, apa yang dimaksud dengan aspek
kekuasaan/pemerintahan adalah aspek pengaturan urusan umat yang
dilakukan secara langsung dan menyeluruh seperti menjadi Ketua Negara,
MuawwinTafwidh (pembantu Khalifah dalam urusan pemerintahan), Wali
(ketua wilayah) dan Amil (ketua imalah – kawasan yang lebih kecil dari
wilayah), QadhiQudhat (ketua qadhi) dan QadhiMadzalim.
Kesemua jawatan
ini merupakan jawatan pemerintahan atau yang terkait langsung dengan
pemerintahan yang tidak boleh disandang oleh wanita.
Perlu difahami juga bahawa larangan Islam ke atas wanita untuk memegang jawatan-jawatan ini bukannya bererti Islam mendiskriminasi atau merendahkan martabatwanita, kerana tinggi atau rendahnya martabat seseorang itu adalah bergantung pada takwanya, bukan status atau jawatannya.

Sejarah telah mencatat bagaimana para wanita di masa
Rasulullah (para sahabiyat) melakukan aktiviti dan perjuangan politik
bersama-sama Rasulullah dan para sahabat tanpa memisahkan barisan mereka
dari barisan Rasul dan sahabat baginda.
Begitu juga dengan peranan yang
dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah dalam perjuangan menegakkan
Islam di muka bumi ini serta dukungan mereka terhadap perjuangan
Rasulullah, sesungguhnya merupakan bukti nyata bahawa mereka melakukan
aktiviti politik dan mereka meraih kemuliaan di sisi Allah dengannya.
Selain pihak yang terkeliru dengan konteks hadis di atas, ada juga pihak yang menyatakan perempuan boleh menjadi pemimpin berdasarkan Al-Quran dalam surah al-Namlyang memuji Ratu Saba’ atau puteri Balqis.

Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kerajaannya dan hasil
kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman.
Ini adalah
bukti kejayaan wanita menurut pendapat ini. Terdapat juga pendapat yang
membolehkan wanita menjadi pemimpin yang disandarkan kepada perbuatan
Umar Al-Khattabyang pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri
yang mengurus pasar di zamannya.
Kekeliruan pendapat di atas adalah kerana tidak memahami jawatan Syifa sebagai QadhiHisbah dan jawatan QadhiHisbah bukanlah jawatan pemerintahan atau jawatan yang terkait dengan pemerintahan.
Kekeliruan pendapat di atas adalah kerana tidak memahami jawatan Syifa sebagai QadhiHisbah dan jawatan QadhiHisbah bukanlah jawatan pemerintahan atau jawatan yang terkait dengan pemerintahan.
QadhiHisbah adalah qadhi yang bertugas
memantau dan menyelesaikan perkara yang melibatkan hak-hak jamaah (orang
ramai) dan ia bukanlah jawatan yang melibatkan pemerintahan, seperti
halnya penipuan di pasar.
Manakala kisah Ratu yang memimpin negeri Saba’
tidak boleh sama sekali dijadikan dalil kerana ia adalah syariat
orang-orang sebelum kita (syar’u man qablana) yakni syariat umat
terdahulu (sebelum umat Muhammad) yang bukan menjadi syariat bagi kita
(laisa syar’allana).
Kisah Ratu Saba’ tersebut bukannya nas yang
menjadi hukum ke atas kita atau dengan kata lain ia tidak boleh
digunakan sebagai dalil dalam penetapan hukum syarak ke atas umat
Muhammad.
Hal ini sebagaimana syariat Nabi lain yang tidak berlaku bagi
umat Muhammad, misalnya keharaman lemak lembu dan kambing bagi umat Nabi
Musa, tapi bagi umat Muhammad (orang Islam) hukumnya boleh, larangan
menangkap ikan pada hari Sabtu, membunuh diri sebagai taubat dan
seumpamanya.
Syar’u man qablanalaisasyar’allanakerana syariat sebelum kita itu telah terhapus sebagaimana firman Allah,
“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadapkitab-kitab yang lain itu.

Maka
putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang
telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan
aturan dan jalan yang terang” [TMQ al-Maidah (5):48].
Setiap Nabi didatangkan dengan syariatnya yang tersendiriyang Allah telah tetapkan ke atas mereka. Setelah datangnya Islam, apa yang wajib kita ikuti ialah syariat Muhammad semata-mata manakala syariat umat terdahulu tetap menjadi ibrah (pengajaran) bagi kita sebagaimana firman Allah,
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal” [TMQ Yusuf (12):111].
Oleh itu, kedudukan Ratu Saba’ sebagai penguasa di zamannya bukan merupakan syariat bagi kita sehingga boleh dijadikan istidlal (sandaran dalil) bolehnya perempuan menjadi penguasa kerana yang wajib kita ikuti ialah syariat Nabi Muhammad SAW yang telah mengharamkan perempuan menjadi penguasa melalui hadis baginda.
Adapun untuk jawatan-jawatan pemerintahan yang tidak termasuk wilayatulamri/wilayatulhukm(bidang kekuasaan), maka diperbolehkan bagi wanita untuk memegangnya seperti jawatan ketua Baitul Mal, ketua Jabatan Kesihatan, ketua Jabatan Pendidikan, ketua Jabatan Pertanian, Perdagangan, Dekan/Rektor Perguruan Tinggi, Pengetua Sekolah, Ketua Hospital dan sebagainya.

Selain itu, perempuan juga boleh menjadi
anggota Majlis Wilayah, anggota Majlis Ummah, QadhiKhusumat (qadhi yang
menyelesaikan perselisihan antara rakyat) dan QadhiHisbah. Semua jawatan
berkenaan bukanlah jawatan pemerintahan dan tidak termasuk dalam
larangan hadis Rasulullah di atas.
Adapun jawatan sebagai Menteri Besar,
ia jelas termasuk dalam jawatan pemerintahan (di peringkat negeri) dan
jawatan ini haram dipegang oleh wanita!Lebih dari itu, kita bukan
sekadar menyatakan keharaman wanita memegang jawatan MB, malah mana-mana
lelaki yang memegang jawatan yang sama juga tidak ada bezanya. Ini
kerana, MB merupakan jawatan yang “disediakan” oleh sistem demokrasi,
bukannya jawatan berdasarkan sistem Islam!
Apa yang wajib menjadi
pegangan kita ialah Islam semata-mata (100%) dan bukannya Islam yang
dicampur adukkan..demokrasi yg di ambil oleh PAS adalah kerana semata2
untuk menggunakan alternatif yg sedia ada dn jalan yg terbaik dlm negara
kita iaitu secara demokrasi untuk menegakkan khalimah Allah dn berhukum
dgn hukum Allah dn bukannya utk menghalalkn hukum-hukum yg ada dlm
demokrasi keseluruhannya.
Tahaluf Dan Peranan Parti Politik Dalam Islam
Peranan parti politik dalam Islam adalah untuk mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah SWT,
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam) dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” [TMQ Ali Imran (3):104].
Inilah kewajipan parti politik/gerakan Islam. Malangnya, kewajipan ini sering dilalaikan oleh parti/gerakan Islam apabila mereka menjebakkan diri dalam demokrasi, malah acap kali apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya yakni menyeru kepada sistem kufur (demokrasi) dan melakukan amar mungkar nahi makruf.

Demokrasi
sering membutakan mata gerakan Islam. Keputusan berdasarkan majoriti
dilihat sebagai keputusan yang baik dan Islami walaupun hakikatnya
bertentangan dengan Islam.
Segala-galanya mesti berdasarkan majoriti.
Untuk melantik penguasa (termasuk Menteri Besar), maka “wajib” ikut
suara majoriti dan untuk memecatnya juga wajib mengikut suara majoriti.
Begitu juga dengan tahalufsiyasi dengan orang kafir dan orang sekular yang jelas diharamkan oleh Islam, namun tetap dimasuki oleh parti/gerakan Islam kerana demokrasi membenarkannya.
Begitu juga dengan tahalufsiyasi dengan orang kafir dan orang sekular yang jelas diharamkan oleh Islam, namun tetap dimasuki oleh parti/gerakan Islam kerana demokrasi membenarkannya.
Berkongsi kuasa
dengan orang kafir juga diharamkan oleh Islam tetapi tetap sahaja
dilakukan oleh parti/gerakan Islam kerana ia dibenarkan oleh demokrasi.
Membenarkan, apatah lagi redha dengan orang kafir dan orang sekular
menjadi penguasa yang mana kita tahu bahawa mereka ini sudah pasti tidak
akan berhukum dengan hukum Allah, adalah diharamkan oleh Islam.
Namun,
demokrasi membenarkan semua ini. Justeru kita menyaksikan tidak sedikit
parti/gerakan Islam yang terjerumus dalam demokrasi melakukan segala
keharaman ini, malah mereka bergembira dengannya, apatah lagi setelah
mendapat kemenangan yg besar dn keputusan mengenainya dicapai mengikut
suara majoriti.
Hukum Islam sudah tidak lagi diperhatikan dan diganti
dengan hukum majoriti.. parti/gerakan Islam yang bertahaluf dengan parti
kafir/sekular sbenarnya nawaitunya ingin mengajak orang kafir/sekular
mengikut petunjuk Islam, (berdakwah) dn bukan, parti/gerakan Islam itu
yang sebaliknya mengikut petunjuk sekutu mereka itu..maka ats niat itu
PAS tidak bertahaluf siyasi secara terus dgn membabi buta dgn rakan
sepakatan PKR dn DAP dan PAS sama skali tidak akn melepasi batas2 itu
sehingga sanggup mengadai agama demi semata2 menghalalkn yg haram dn
mengharamkn yg halal wlaupn byk pihak yg sering kali menuduh PAS menikam
belakang kawan sendiri iaitu PKR dn DAP dn bersekutu dgn kafir sekular
seperti lembu dicucuk hidung..
PAS sendiri masih berpendirian teguh dgn
pegangan islam jd tidak hairanlah golongan ulama dn celik agama di dalam
PAS lebih menyokong keputusan Tuan guru hj Hadi dn saf kepimpinan ulama
dlm isu MB Selangor.
Manakala persepakatan PAS di dlm PR pula, PAS juga
masih ada batas2nya dn tidak smua mengikut rakan kesepakatan secara
membabi buta tanpa merujuk al quran terlebih dahulu.
Sesungguhnya Islam mengharamkan wanita menjadi penguasa manakala demokrasi membenarkannya.
Sesungguhnya Islam mengharamkan wanita menjadi penguasa manakala demokrasi membenarkannya.
Sama sebagaimana Islam mengharamkan riba
manakala demokrasi membenarkannya. Islam mengharamkan judi manakala
demokrasi membenarkannya.
Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat
manakala demokrasi membenarkan aurat dibuka. Pendek kata Islam
mengharamkan umatnya mengambil dan menerapkan hukum selain Islam tetapi
demokrasi membenarkan segala-galanya.
Semua yang diharamkan oleh Islam
boleh dilakukan di dalam demokrasi kerana demokrasi berpegang kepada
hukum majoriti.
Apa sahaja yang diluluskan oleh majoriti, maka ia
menjadi hukum yang wajib ditaati.
Justeru, walaupun Islam telah
mengharamkan wanita menjadi penguasa, namun oleh sebab demokrasi
membenarkan dan jika suara majoriti telah memutuskan demikian, maka
tidak ada apa (termasuk Islam) yang dapat menghalangnya lagi.
Melalui
hukum majoriti, demokrasi boleh dan sentiasa dapat mengalahkan Islam,
termasuklah di dalam menyelesaikan kemelut MB Selangor ini.
Maka untuk
kalian wahai para pejuang demokrasi, sekalung tahniah diucapkan kepada
anda kerana anda telah menang dalam perjuangan anda. Dengan demokrasi
yang anda ambil, anda telah berjaya mengalahkan Islam!
Seorang perempuan
dapat menjadi MB atas nama demokrasi dan suara majoriti yang anda
berhukum dengannya itu!
Manusia sering kali meletakkan al quran
dibelakang demi mencapai cita2 dunia semata2 utk mendapatkn kehidupan yg
baik di dunia sehingga sanggup mengadaikn kehidupan akhirat yg abadi dn
berhukum dgn akal fikiran tanpa meletakan kitabul al quran, al sunnah
dn hadis dihadapan sbg rujukkan di dunia yg sementara menuju ke akhirat
yg abadi..
Khatimah
Kepada para pejuang Islam yang masih mempunyai walau secebis keikhlasan! Renungkanlah dengan penuh keimanan, bukan dengan kemaslahatan, sudah berapa lama kalian tertipu dengan demokrasi, namun kalian masih rela dipatuk dari lubang yang sama berkali-kali?

Apa lagi yang kalian cari? Kalian inginkan Negara Islam,
kalian ingin menegakkan agama Allah dan kalian ingin melihat rahmat
Allah terpancar ke seluruh alam…dan kalian tahu bahawa kalian tidak akan
dapat mencapai semua itu melalui demokrasi.
Kalian tahu yang kalian
tidak akan dapat meraih semua itu melalui jalan tahaluf dengan
orang-orang kafir dan sekular.
Cukuplah kalian cuba berpura-pura dan
meyakinkan diri sendiri bahawa kalian akan berjaya. Sesungguhnya
kejayaan adalah apabila kalian berjuang di jalan yang benar, jalan yang
ditunjukkan dan diredhai oleh Allah dan RasulNya.
Justeru, beralihlah
kepada perjuangan Islam yang sebenar. Beralihlah kepada perjuangan
menegakkan syariah dan Khilafah melalui thariqah (jalan) yang
ditunjukkan oleh Nabi kalian. Itulah satu-satunya jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.