Followers

Friday, August 1, 2014

Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor

Photo: Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor

Published: 1 August 2014

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini.  

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.

Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.

"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat.

Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.

Lebih memburukkan keadaan apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan sokongannya kepada Hadi agar Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor.

"Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat terlibat," kata Khalid.

Menteri besar Selangor itu berkata kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) masih belum dimuktamadkan.

Hari ini Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Kejayaan mengambil alih Syabas akan membolehkan kejayaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi."

Semalam lima Cabang PKR Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Khalid ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi PR.

Ketua Cabang PKR Tanjong Karang Mohd Yahya Mat Sahri berkata, mereka menggesa parti terutama pimpinan tertinggi mendengar suara akar umbi yang sudah muak dengan permainan politik ala-Umno Khalid.

"Malah pelawaan Khalid agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan," katanya.

Turut menyokong kenyataan Yahya adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

Mereka turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu, iaitu menamakan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

"Kami, ketua-ketua Cabang PKR Selangor serta anggota ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Dr Wan Azizah.

"Sebagai presiden parti yang juga Adun Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan layak di kalangan Adun PKR lain di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan parti itu sudah memuktamadkan Dr Wan Azizah selepas namanya menjadi calon tunggal pengganti Khalid.

Anwar berkata, keputusan dibuat sebulat suara dan memuji isterinya itu boleh memberi kestabilan dalam PKR dan PR.

Beliau juga yakin Dr Wan Azizah mampu menyelesaikan isu-isu tertangguh termasuk masalah agihan air, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu kritikal lain di Selangor.

Khalid bagaimanapun enggan berundur hingga akhir penggal dan mahu PKR menyelesaikan isu peralihan kuasa mengikut saluran betul. – 1 Ogos, 2014.
 
www.themalaysianinsider.com

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.
Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.
"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.
Lebih memburukkan keadaan apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan sokongannya kepada Hadi agar Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor.
"Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat terlibat," kata Khalid.
Menteri besar Selangor itu berkata kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) masih belum dimuktamadkan.
Hari ini Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
"Kejayaan mengambil alih Syabas akan membolehkan kejayaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%," katanya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi."
Semalam lima Cabang PKR Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Khalid ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi PR.
Ketua Cabang PKR Tanjong Karang Mohd Yahya Mat Sahri berkata, mereka menggesa parti terutama pimpinan tertinggi mendengar suara akar umbi yang sudah muak dengan permainan politik ala-Umno Khalid.
"Malah pelawaan Khalid agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan," katanya.
Turut menyokong kenyataan Yahya adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).
Mereka turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu, iaitu menamakan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
"Kami, ketua-ketua Cabang PKR Selangor serta anggota ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Dr Wan Azizah.
"Sebagai presiden parti yang juga Adun Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan layak di kalangan Adun PKR lain di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar," katanya.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan parti itu sudah memuktamadkan Dr Wan Azizah selepas namanya menjadi calon tunggal pengganti Khalid.
Anwar berkata, keputusan dibuat sebulat suara dan memuji isterinya itu boleh memberi kestabilan dalam PKR dan PR.
Beliau juga yakin Dr Wan Azizah mampu menyelesaikan isu-isu tertangguh termasuk masalah agihan air, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu kritikal lain di Selangor.
Khalid bagaimanapun enggan berundur hingga akhir penggal dan mahu PKR menyelesaikan isu peralihan kuasa mengikut saluran betul. – 1 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kejayaan-perjanjian-air-dengan-putrajaya-jamin-tarif-air-tidak-naik-kata-mb#sthash.bklJThxk.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.