Followers

Friday, August 15, 2014

Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

Tiada Arahan Untuk Jangan Sokong Azizah, Jadi Kenapa Kena Siasat & Tindakan Disiplin?

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.
Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi:

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUN tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. -mk

ULASAN GB

Jelas bahawa TIADA ARAHAN dari parti supaya DUN-ADUN jangan sokong Wan Azizah, sebelum atau selepas mesyuarat Lajnah Politik semalam.

Jika demikian halnya mengapa perlu sisatan malah ada semacam ugutan dari Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?


Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin. - petikan TMI

Kedua-dua ADUN itu dikatakan gopoh kerana tidak menunggu keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos ini.

Jika demikiian, ada persoalan yang perlu PAS Selangor jawab iaitu:


Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around.. dan You get back what you give. Itu adalah sunnatullah. Anda gopoh, maka ahli di bawah anda akan bertindak demikian juga. 


Jika anda sokong orang yang tak hormat keputusan pimpinan parti, anda juga kena terima hakikat akan ada ahli parti anda yang tak akan hormat keputusan pemimpin parti anda.

Bukan Hukum Allah itu adil? 



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.