ISU TANAH TROPICANA: Bongkar Dan Terus Bongkar !
Agak
nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila
terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat
setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari
perbualan dikedai mamak.
Isiu Khalid Ibrahim pada saya mudah.
Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak?
Jawatan MB ini
bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang
mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan
itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.
· Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi
keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu
sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.
Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung,
mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.
Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi
galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.
Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada
parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat
simpati dari pihak lain.
Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind
untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang
melalak sana sini.
Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB.
Adakah nyawa nya
bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan
masuk jel?
Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan
hutang RM66 juta nya?
Khalid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila
berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah
diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai
pembelian saham Guthrie.
Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan
MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim
kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?
siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinajm dari bank lain
untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank
lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid
boleh beri kepada bank baru tersebut?
Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan
kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah?
Jika
terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Khalid ini.
Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?
Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana
secara bayaran installment.
Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar
pendahuluan hanya RM50juta.
Setahu saya jika bayaran belum
disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan.
Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga
yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?Tropicana sebetulnya
menjual asset kerajaan.
Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah
commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin
MB?
Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.
Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.
Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik
balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia
kamu berundur.
Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita.
SakmongkolAk47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.