Khalid sudah tidak ada parti.Dia sekarang adalah adun bebas. PKR melantiknya kerana dia ahli PKR. Sekarang bukan lagi....
Apakah dia sebagai ahli bebas layak mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat?
Apakah dia sebagai ahli bebas layak mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat?
PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan
demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau
mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para
penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang
di Selangor kini.
"Kepimpinan PAS sedang
berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah,
cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang
lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau juga menjelaskan
bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus
berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.
Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
(Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak,
Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan
Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan
Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus
Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.