Isteri Mejar Zaidi Ahmad hari ini diarah meninggalkan galeri awam
mahkamah tentera dan tidak lagi mendengar perbicaraan suaminya yang
dituduh memberi keterangan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera.
Arahan itu dikenakan ke atas Shafinah Abdul Hamid, 48 tahun, selepas beliau dicam oleh saksi kelima pendakwa, Sarjan Udara Jamal Ibrahim sebagai isteri kepada Zaidi.
Dalam keterangannya, Jamal mengaku mengecam Shafinah kerana sering ke rumah Zaidi di Taman Bertam Indah, Kepala Batas bagi mengikuti program usrah yang dianjurkan oleh Zaidi.
"Mahkamah setuju untuk isteri Mejar Zaidi tidak berada dalam mahkamah. Saya setuju ia tidak adil (untuk perbicaraan), " kata Kolonel Saadon Hasnan yang bertindak sebagai yang dipertua mahkamah.
Arahan itu dibuat selepas permohonan dilakukan pendakwa, Mejar Ahmad Sanusi Ali yang berpendapat Shafinah berpotensi untuk menjadi saksi pendakwa mahupun pembela sekiranya perjalanan perbicaraan menuntut beliau berbuat demikian.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.