Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.
"Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding (sebagai calon) bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya.
"Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan.
"Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakiniselepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
Posted by Jeebond BLM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.