Followers

Friday, August 22, 2014

Hukum berkabung Jawapan:syeikh muhammad utsaimin rahilmahullah;

Руслан Бин Јаилани 


Berkabung,dalam bahasa Arabnya adalah al-Hadaad ( الْحَدَاد )

Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya. 

Pendapat lain menyatakan, al-Hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya.

Al-Hadaad, terbahagi kepada dua. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. 


Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Pembahagian ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
 
لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجِهَا رواه مسلم

 

"Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya"
(HR : Muslim)

 
فَإِنَّهَا تُحِدُّ عَلَيْهِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

 
 

"Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari" (HR : Bukhari)

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja.
Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. 


Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah lama dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. 


(Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. 


Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). 


Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.

Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari 

 Rasulullah SAW ;
 
من تشبه بقوم فهو منهم
 

“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

 
ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا النصارى
 

“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”


Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

sabda rasulullah saw,

 
"kalian pasti akan mengikuti perilaku orang yg terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dan sedepa demi sedepa, sehingga seandainya mereka masuk kelubang biawak, niscaya kalian akan mengikuti mereka para sahabat bertanya, wahai rasulullah, apakah mereka itu orang yahudi dan nasrani?. rasulullah SAW menjawab,"siapa lagi!" (Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga mengkhabarkan dengan sabdanya,

 
“Akan diangkat nanti para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). 


Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkari (maksiatnya), benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh kepada keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat)”. Para sahabat bertanya,
 
“Wahai Rasulullah, adakah kami boleh menentangnya?”.

 
Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.”

 
(Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

Pusat beli-belah berkabung hormati mangsa nahas MH17

Pusat beli-belah akan turut berkabung sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 yang dijangka tiba di KLIA, Sepang, pagi ini. Gambar fail The Malaysian Insider.Pusat beli-belah akan turut berkabung sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 yang dijangka tiba di KLIA, Sepang, pagi ini. Gambar fail The Malaysian Insider.Pusat beli-belah akan turut berkabung semasa Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 bagi menghormati 20 jenazah mangsa nahas yang tiba di Malaysia untuk disemadikan hari ini.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Fartini Zaharuddin berkata pihaknya akan bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17.
"Turut terlibat adalah kakitangan serta para peruncit, yang menjalankan perniagaan mereka di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya serta Mesra Mall di Terengganu, akan berkabung serta memakai pakaian berwarna gelap atau hitam seharian bagi menghormati mangsa tragedi," katanya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 dijadual berlangsung bila-bila masa seawal 10.30 pagi esok. Semua rakyat diminta menghentikan segala aktiviti untuk bertafakur selama seminit dengan membaca Al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing bagi bukan Islam.
Fartini berkata selain itu, ucapan takziah akan dipapar di skrin digital, Facebook dan laman sesawang ketiga-tiga pusat beli-belah manakala hanya muzik berentak perlahan akan dimainkan sepanjang operasi esok.
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Sogo Kuala Lumpur Rosma Tajuddin berkata pusat beli-belah itu akan memasang papan peringatan MH17 bersaiz 4.8m x 2.4m di pintu masuk kompleks yang menghadap Jalan Tunku Abdul Rahman.
"Semua staf pengurusan, termasuk ketua pegawai eksekutif dan Lembaga Pengarah, akan berkumpul di aras bawah bangunan pada 10.30 pagi semasa upacara tafakur dijalankan," katanya.
Sementara itu, pusat beli-belah Shah Alam Convention Center (SACC) tidak akan memainkan sebarang muzik selama sejam sebagai tanda penghormatan kepada mangsa nahas.
Pengurusnya, Ainon Kassim berkata bendera juga akan dikibar separuh tiang sepanjang hari bagi menghormati Hari Perkabungan Negara.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – Bernama, 22 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pusat-beli-belah-berkabung-hormati-mangsa-nahas-mh17#sthash.J0bgb9ud.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.