Followers

Saturday, August 30, 2014

Hayati pandangan Muhammad Taib


DALAM HUJAN                                                                                    

Muhammad Mohd Taib
Peringatan diberikan oleh bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib kepada Pas agar tidak terlalu syok sendiri dengan seruan Allahuakbar, tetapi dalam masa sama tidak mengambil kira kerjasama dengan Pakatan Rakyat hendak diberi perhatian serius semua pihak. Terutamanya golongan merasakan diri mereka kuat pegangan agama dalam Pas, perlu mengakji dan membuat semakan akan kebenaran pandangan itu.

Muhammad yang juga kini merupakan Penolong Ketua Penerangan Pas, membayangkan parti agama itu akan hilang kerusi dimilikinya di Selangor kini kalau ia meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau meramalkan 10 kerusi Pas akan melayang.

Satu hakikat perlu disedari kuasa undi bukan Melayu di 15 kerusi dimiliki Pas kini adalah antara 18% hingga 64%. Bayangkan kalau hanya 20% sahaja undi itu hilang menyebabkan Pas akan kalah di semua kerusi berkenaan.

Pandangan dan peringatan Muhammad itu berasaskan kepada fakta dan sejarah. Sebagai MB Selangor selama 20 tahun beliau tahu mengenai aliran dan sentimen pengundian di Selangor terutamanya dari kalangan pengundi bukan Melayu.

Apa yang dicapai oleh Pas Selangor hari ini adalah terbaik dan rekod, ia sesuatu yang perlu dipertahankan. Hakikat perlu disedari tanpa kerjsama dengan PKR dan DAP, parti Pas tidak akan merasai apa yang dirasai kini.

Dalam hal ini pegangan politik cetek puak-puak juz amma dalam Pas tidak patut menjadi pegangan benar parti berkenaan kerana ia bakal memecilkan Pas dari arus politik demokrasi. Lainlah kalau Pas sekarang ini sedang menuju ke arah ketirusan itu.

Mungkin golongan agama dalam Pas, terutamanya golongan ustaz "juz amma", tidak merasa penting peringatan Muhammad itu. Bagi mereka yang berpegang kepada pemahaman, kemenangan bukan bererti memiliki kerusi (kuasa) perlu insaf. 
 
Pendirian dan pegangan mereka "kemenangan" adalah mempertahankan kebenaran agama, sebenarnya tidak relevan selagi mereka ikut sama berlawan dalam politik menyertai pilihan raya.

Pendirian dan pegangan mereka itu betul sekiranya mereka mahu Pas jadi sebuah haraki atau jemaah seperti Tabligh atau gemulah Darul Arqam tidak bertanding dalam pilihan raya. Apakah Pas sedang terarah ke situ? Mungkin satu konsensus ke mana hala tuju dan apakah bentuk Pas di masa depan perlu diambil.

Pegangan itulah kini menjadi konflit dalam Pas sekarang. Dan perbezaan pandangan inilah juga membawa kepada krisis yang berlaku dalam Pas kini. Pegangan dan pemahaman sebegitu boleh dianggap "sesat dalam politik".

Ajaran atau fahaman sesat dalam politik inilah yang sedang hendak diperluaskan dalam Pas dan menyebabkan Presiden sendiri konfius dan membuat keputusan parti berbelit-belit macam reribu seni yang menjalar di banir besar. [wm.kl.4:44 pm 30/08/14]
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.