Followers

Wednesday, August 6, 2014

Foto Yahudi Bodoh Naik Kapal Terbang

 


Israel – Gambar seorang lelaki ultra ortodok Yahudi yang berbungkus dalam beg plastik menaiki kapal terbang menjadi perdebatan di Internet sejak seminggu lalu.

Gambar tersebut telah diambil oleh salah seorang penumpang dalam penerbangan El Al Israel dan menghantarnya ke sebuah portal Ateisme dengan keterangan gambar yang menyebut: “Seorang ortodok Yahudi membungkus dirinya dengan beg plastik kerana terbang dengan penumpang wanita.”

Menurut laporan Haaretz sebuah portal media negara itu, ultra ortodok Yahudi berpegang kuat kepada peraturan ketat pengasingan jantina di khalayak ramai.

Syarikat penerbangan El Al Israel telah melihat peningkatan dalam bilangan penumpang lelaki ultra ortodok ini untuk menukar tempat duduk mereka bagi mengelak duduk di sebelah penumpang wanita.

Laporan itu juga menyebut seorang wanita telah menyaman syarikat penerbangan itu kerana mendakwa dia terpaksa duduk di bahagian belakang pesawat kapal terbang selepas seorang lelaki ultra ortodok tidak mahu duduk di sebelahnya.

Walau bagaimanapun, perbuatan lelaki itu tiada kena mengena dengan terpaksa duduk di sebelah wanita berkenaan, sebaliknya seorang pengguna laman sosial dengan nama ‘thenewyorkgod’ menjelaskan beliau (lelaki ortodok Yahudi) adalah cohen, iaitu ‘keturunan imam suci’ di gereja.

“Golongan ini tidak dibenarkan untuk berjalan atau terbang di atas kawasan tanah perkuburan, yang akan menyebabkan mereka tidak suci lagi,” katanya.

Malah, sudah menjadi kebiasaan untuk lelaki suci (atau lebih dikenali sebagai Kohen atau Cohen) membungkus diri mereka dalam beg plastik ketika dalam perjalanan ke Israel.

Pada tahun 2001, El Al Airlines telah memutuskan tidak membenarkan ultra ortodok Yahudi berketurunan imam untuk menggunakan beg plastik ketika penerbangan itu melintas di atas tanah perkuburan Holon.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan: “Bagi pertimbangan keselamatan dalam penerbangan, penumpang tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat dengan berlindung dalam beg plastik.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.