Barisan Exco DAP dan PKR tidak akan bertemu Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim hari ini untuk berbincang mengenai kemungkinan untuk kekal dalam
pasukan menteri besar itu.
Menurut satu sumber dari pejabat Exco Selangor, mereka hanya akan bertemu Khalid dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok.
Sumber yang enggan dinamakan menyebut, barisan Exco DAP kini sedang menunggu arahan parti dan tidak akan bertemu Khalid secara individu untuk urusan ini.
"Mereka (exco) akan hadir dalam mesyuarat esok, secara beramai-ramai. Saya diberitahu PKR juga begitu," katanya yang menambah, parti terbabit dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut hari ini.
Khalid semalam dilaporkan akan menemuduga Exco secara individu untuk mengetahui kesanggupan mereka bekerjasama dengan beliau.
Beliau turut memberi kata dua kepada barisan Exco tersebut untuk meletak jawatan sekiranya tidak ingin menyertai pasukan beliau.
Katanya, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk menjalankan pentadbiran.
Barisan Exco sedia ada kini terdiri dari empat orang wakil PAS dan masing-masing tiga orang dari PKR dan DAP.
Posted by Jeebond BLM

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.