Tun Musa Tahu Apa Yang Mahathir Mahu!
Seronok aku tengok bila banyak yang Mahathir kata membuka pekungnya sendiri!
Tun
Musa Hitam yakin matlamat utama kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah untuk
menyingkirkannya dari Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh
Najjua Zulkefli, 28 Ogos, 2014.
Tun Dr Mahathir
Mohamad hanya akan berpuas hati jika terdapat klon beliau mentadbir
Putrajaya, kata bekas timbalannya Tun Musa Hitam, merujuk kepada
serangan terbaru bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Musa yang
berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1981 hingga 1986
bersama Dr Mahathir berkata, bekas majikannya itu tidak akan berpuas
hati dengan mana-mana pemimpin.
"Beliau hanyak
akan berpuas hati jika terdapat klon Mahathir yang menjadi pemimpin
berkuasa di Malaysia," kata Musa dalam satu temubual eksklusif dengan
The Malaysian Insider.
Musa merujuk
kepada kritikan Dr Mahathir baru-baru ini ke atas Najib, di mana bekas
perdana menteri tersebut memberi 7 sebab mengapa Najib gagal.
"Lihat kepada
semua timbalan yang bekerja dengan Mahathir sepanjang 22 tahun. Saya
antara yang dianggap sebagai merbahaya," katanya.
"Tun Ghafar
Baba (1986-1993) dianggap sebagai baik, setia. Datuk Seri Anwar Ibrahim
(1993 -1998) boleh dianggap sebagai pengikut beliau paling teruk, Anwar
dikatakan tidak setia dan buat itu dan ini.
"Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003) pula dianggap seorang yang baik," katanya.
Bagaimanapun, Musa berkata Abdullah juga senasib apabila disingkirkan Dr Mahathir daripada tampuk kuasa kerana dianggap lemah.
"Tapi selepas seketika, Mahathir melihat Abdullah sebagai perdana menteri Malaysia paling teruk dan lemah.
"Mahathir tidak gembira kerana Abdullah tidak mengikut telunjuknya, jadi beliau disingkir," katanya.
Selepas Najib
dipilih sebagai pengganti Abdullah, Dr Mahathir secara terbuka memuji
perdana menteri pilihannya itu dan menasihati Najib dalam banyak
perkara.
"Tapi selepas
Najib mula mentadbir mengikut caranya sendiri dan mengambil keputusan
mentadbir tanpa gangguan, ia menjadi lebih buruk dan buruk kepada
Mahathir.
"Mahathir
berasa Najib tidak mendapatkan nasihatnya dalam isu yang penting tetapi
dikatakan terpengaruh dengan orang luar," katanya.
Musa berkata,
alasan Dr Mahathir yang mengatakan kritikan tersebut hanya sekadar
nasihat lembut tidak boleh dipercayai memandangkan sudah mengenali
strategi bekas majikannya itu.
"Itu adalah
Mahathir, jangan percaya dengan kata-kata beliau mengatakan kritikan ke
atas Putrajaya adalah bertujuan untuk nasihat yang baik.
"Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya," katanya memberi amaran.
Bercakap kepada
The Malaysian Insider di pejabatnya di Hampshire Place, Kuala Lumpur,
Musa kelihatan tenang dan membangkitkan banyak isu yang berlaku
khususnya mengenai pentadbiran Najib.
"Satu-satunya cara untuk memuaskan hati Mahathir ialah dengan meletak klon yang sama dengan beliau di tampuk kuasa," katanya.
Musa berkata,
isu di sini bukan mengenai demokrasi dalam Umno, tetapi ia sebenarnya
adalah tentang bekas perdana menteri tersebut.
Beliau
berpendapat, keterbukaan yang dipamerkan Najib dalam pentadbirannya
lebih baik berbanding sebelum ini, malah sepanjang di tampuk kuasa tidak
ada lawannya yang dipenjarakan.
"Najib sudah memperlihatkan kesanggupan menerima kritikan dari dalam dan luar Umno," katanya.
"Jika semasa
zaman Mahathir, sebarang kritikan dalam media arus media perdana dibuat
ahli politik Umno maka kariernya akan tamat serta-merta," katanya.
Musa
menyifatkan kritikan dan komen buruk Dr Mahathir hanya mewujudkan rasa
tidak selamat dan hilang arah tujuan di kalangan ahli Umno sendiri.
"Malaysia mengamalkan negara demokratik dengan had tertentu, ia mungkin tidak sempurna tetapi Umno perlu belajar menghadapinya.
"Setakat ini ia kelihatan baik walaupun banyak kritikan, Najib kelihatan tenang dan tidak tergugat," katanya.
Berbeza ketika
zaman Dr Mahathir, kritikan yang banyak seperti diterima Najib sekarang
tidak dihadapi bekas perdana menteri tersebut, kata Musa.
"Mahathir tidak pernah hadapi sebarang kritikan sama seperti Najib hadapi sekarang ini," katanya.
Musa
menyifatkan perkara ini sebagai sesuatu yang positif bagi Najib,
menerima kritikan yang bertimbun khususnya daripada laman portal.
"Jika kamu tidak tahu untuk menghadapi demokrasi, ia akan memakan diri kamu semula," katanya.
Minggu lalu, Dr
Mahathir berkata, beliau menarik balik sokongannya kepada Najib dengan
berkata segala tegurannya dalam pelbagai isu hanya sampai ke telinga
yang pekak.
"Saya tidak ada
pilihan melainkan menarik balik sokongan saya. Ini tidak berkesan, jadi
saya kritik," katanya sambil menambah Najib bukan lebih baik berbanding
Pak Lah.
"Banyak polisi,
pendekatan dan tindakan kerajaan di bawah Najib memusnahkan hubungan
antara kaum, ekonomi dan kewangan negara," katanya.
Antara isu yang
disenaraikan ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
sikap 'lemah' Najib terhadap negara jiran dan penggunaan wang negara
untuk mendapatkan sokongan rakyat setiap kali pilihan raya.
Sehingga kini,
pemimpin Umno sangat berhati-hati dengan reaksi mereka terhadap kritikan
pedas dan terbuka Dr Mahatahir terhadap Najib. – 28 Ogos, 2014.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.