SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa
MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat
hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan
anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.
Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen
Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama'
yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang
perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia
berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu
rapi.
"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya.
Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat
macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan
mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR
ke-10 di Stadium Malawati di sini.
Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan
pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.Ia
mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di
Semporna.Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap
isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas
MH17.
"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali,
sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada
sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri
penjelasan," ujarnya.Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga
bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai
muslihat tersendiri.
"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi
tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan"Tetapi pada
tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan
dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi
selamat.
"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya
apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil
sehingga masuk bulan Mac," katanya.
Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan
maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang
dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad
Datu.
Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi
memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
~awani
addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.