Followers

Sunday, August 24, 2014

Dewan Ulama Pas Terengganu Guna Hujah Al-Quran Desak Pecat Dua Adun Pas Selangor




USUL DEWAN ULAMA PAS NEGERI TERENGGANU (DUPNT) PADA MUKTAMAR KALI KE - 49 YANG DIADAKAN DI MARKAZ PAS KUALA IBAI, HARI SABTU 23 OGOS 2014

Memandangkan mutakhir ini terdapat di kalangan pimpinan PAS Pusat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bertindak melangkaui batas akhlak, disiplin dan adab berjamaah.

Pertama; mereka membuat kenyataan yang menyanggahi kenyataan Presiden parti dengan menganggap kenyataan Presiden bukan mewakili parti tetapi merupakan kenyataan peribadi, sedangkan Presiden adalah merupakan nakhoda bahtera parti dan kenyataannya adalah kenyataan rasmi parti.

Kedua : mereka mengkritik kenyataan Presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka untuk diambil tindakan.

Ketiga ; mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti.

Keempat : Dua ADUN PAS ( Hulu Kelang dan Morib ) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Negeri Selangor di samping mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan.

Jika perlakuan seumpama ini dibiarkan tanpa diambil apa-apa tindakan, mereka mungkin mengulangi perilaku yang sama dan memberi ruang kepada yang lain melakukan perbuatan yang sama. 


Keadaan ini sudah tentu membawa kemudharatan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala’ kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak dan perlembagaan parti, maka demi untuk menghayati firman Allah dalam surah al Hujurat; ayat 1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (1)


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulnya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Maka Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu yang bersidang pada 27 Syawal 1435 bersamaan 23 Ogos 2014 di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu mengambil ketetapan;

Mendesak Jawatankuasa Tatatertib PAS menjalankan siasatan ke atas mereka dan jika didapati bersalah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib mengikut Perlembagaan PAS fasal 82 (6) (b) bagi kategori pertama, kedua dan ketiga iaitu melucutkan hak-hak mereka dalam parti dan Perlembagaan PAS fasal 82 (6) (d) bagi kategori keempat iaitu dipecat dari menjadi ahli parti.

*** Usul dibentang oleh Timbalan Ketua DUPNT Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah dan disokong serta diluluskan sebulat suara oleh 64 perwakilan, setiap kawasan parlimen diwakili oleh 8 orang.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.