Followers

Friday, August 29, 2014

Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri????


Aku nak ulas berita dibawah ni .Entah sahih entah tidak.Sebab sekarang ni bukan Melayu saja dah tak percaya pada PAS..malahan kaum Cina dan India pun dah makin keliru bila aku bertanya..... 

Sebahagian maklumat yang akau dapat ni dari maklumat yang sahih dari Tulang Besi. Nak kata Tulang besi ni tak betul, memang banyak yang betul tentang pendedahan beliau. Selain rakan rakan lain pula memperlekekhkan Parti yang dikatakan paling kuat di kalangan orang Melayu dan ada pula alim ulama dna cerdik pandai....


Asalnya exco- exco  dan ADUN ADUN  diberitahu  bahawa  Azmin akan menggantikan  Tan sri Khalid.Maka ramai ramai lah ADUN PAS dan exco menyatakan sokongan pada Khalid Ibrahim. Tiba-tiba ,  Setiausaha  agung PAS sendiri yang nak naikkan Azmin Ali.


  Inilah puncanya Iskandar minta diadakan mesyuarat ajk khas bagi  membincangkan perkara ni. Jangan biarkan Cikgu Mustafa Ali dan Haji Hadi Awang mengikut hawa nafsu mereka dalam menentukan siapa calon MB Selangor.

Sepatutnya dipanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang satu lagi bagi membuat kepastian siapakah yang akan dicalonkan. 

 Kejap kata tak mahu Azizah sbb dia wanita, haram wanita jd MB. Kejap kata tak mahu Azizah sbb dia bukan anak Sgor. Kejap kata tak mahu Azizah sebab amalan nepotisme.


Kejap kata tak mahu Azizah sebab Azizah tak boleh urus Selangor, takde pengalaman. Aku dh x ambik tahu nape tiba-tiba berminat sangat nak hantar nama lebih...dulu-dulu dia mintak nama lebih korang kasi satu jugak. 

 Kenapa sekarang taat sangat konon...tengok pada situasi dan satu persatu dari awal...memang dah tahu kenapa. Sebab tu biarkan Si luncai terjun dgn labu2nya.... Hati yg busuk....


Haa..ha…ha…Nampak ati busuk…Woit…Kalau busuk kena buang. Kalau busuk tak boleh makan. Kalau busuk jangan guna dalil atau fatwa untuk kekalkan kebenaran……

KALAU TIDAK CAM NI LA JAWAPANNYA


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-kemuka-4-calon-untuk-jawatan-mb-selangor#sthash.R33Jnygk.dpuf

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-kemuka-4-calon-untuk-jawatan-mb-selangor#sthash.R33Jnygk.dpuf

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎
 


 Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri

 




Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.