Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan
untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR.
Tentulah sudah begitu lama isu
kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi
PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak
dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana
yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang
melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini.
Jikalau keseluruhan kepimpinan ‘berani’ membuat keputusan demikian, tentulah
ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian.
Sekiranya ada pihak
yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran
rasional pula ingin juga mengemukakan soalan. Apakah keseluruhan pimpinan PKR
itu tidak dapat menilai antara yang betul denga yang salah.
Ataupun apakah
keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah
tidak sedemikian caranya.
Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti
adalah ‘keadilan’ kepada semua. Tentulah tidak timbul isu ‘kezaliman’ apabila
hukuman dikenakan ke atas TS Khalid.
jikalau kita berfikir secara rasional, maka
inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada
rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti,
‘accountability’ dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak.
Tindakan
PKR ini mungkin ‘merunsingkan’ juga setengah pihak yang merasakan bahawa
tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan.
Ini
yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh
kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah.
Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan
‘bebanan’ yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan
kemelut di Selangor ini.
TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah
tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga
bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya
beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut
ini.
Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS Khalid
sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah ‘berdegil’ dan
terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu.
Sepatutnya TS Khalid memikirkan
juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas.
Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS
Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan
MB itu bukan merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS
Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan
yang pernah ‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan.
Dato’ Abu Hassan Omar
yang pernah juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika
dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO.
Dan kesemua
mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing. Persoalannya mengapa TS
Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan.
Apakah
‘ada udang disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu
tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya
yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?
TS Khalid masih tidak mahu mengalah…
Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan
menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan.
·
Keadaan
politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu
yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang ‘resah dan
gelisah’
·
Mahu
tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga.
Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini.
·
Para
pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah,
untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.
Ini merupakan persoalan ‘di luah mati emak dan ditelan mati bapak’
·
Ada kemungkinannya
PAS akan ‘berpisah’ dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli
PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan
gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan
dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro
dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua
kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid.
TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini.
Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri
Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS
Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang
harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat
dan negara.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.