YB Azmin Ali Juga Layak Dilantik MB Selangor
MELEGAKAN. Itu yang aku rasa apabila Presiden PKR, DS Wan Azizah
mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor
apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi
menggantikan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim.
Dua Adun PAS tersebut, YB Hasnul Baharuddin (Morib) dan YB Saari
Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan kepada DS Wan Azizah
bersama-sama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR termasuk Pengerusi PKR
Selangor, YB Azmin Ali.
Malang sedikit dan pelik banyak, apabila dua Adun Pas tersebut mungkin
dikenakan tindakan kerana menyokong calon PKR, DS Wan Azizah walaupun
PAS masih anggap PKR adalah rakan sekutunya.
Ini berbeza dengan empat
lagi Adun PAS yang lebih awal menyokong TS Khalid walaupun TS Khalid
tidak berparti (Bebas).
Di sinilah banyak kredibiliti PAS tercalar
kerana memungkiri persefahaman di dalam PR . Ramai yang melihat politik DAP lebih diyakini apabila PR di dalam suasana genting.
Malan tadi Lajnah Politik PAS bermesyuarat di mana keputusannya bahawa
PAS tidak akan menuntut Kerusi MB Selangor kerana itu telah disepakat
sebagai Kerusi PKR.
Cuma, SUA PAS, Sdr Mustafa Ali menyebut PAS tidak
setuju dengan calon yang dicadangkan oleh PKR dan disokong juga oleh DAP
beserta 30 Adun PR semalam iaitu DS Wan Azizah.
Alasannya, bukan sebab
calon itu Wanita tetapi sebab lain yang dikatakan telah dimaklumkan
kepada PKR sebelum ini.
Isu wanita atau lelaki, pada aku malas aku nak fikir lagi. Cita-cita
aku hanya satu, iaitu tidak mahu melihat TS Khalid terus jadi MB
Selangor. PAS mahu pertahankan TS Khalid walaupun sudah tidak bertuan,
itu hak PAS.
Apa yang pasti, sekarang ini cita-cita aku semakin berjaya
apabila terbukti TS Khalid tidak mempunyai majoriti di dalam Dun yang
menyokongnya. TS Khalid kata dia minta dibuktikan di dalam Dewan.
Adakah beliau tidak baca kenyataan media
DS Wan Azizah yang secara jelas menyebut bahawa di antara permohonannya
kepada Sultan adalah agar diadakan sidang Dun bagi membuat undi tidak
percaya.
Jika TS Khalid ikhlas mahu melihat bukti dan tidak lagi
bergayut bawah ketiak orang lain, sila bantu percepatkan Sidang Dun
tersebut.
Waktu dia mengaku ada majoriti di hadapan Sultan baru-baru ini, ada dia sebut soal buktikan dalam Dewan? Hanya bermodal air liur saja beliau mengaku terdapat majoriti, sedangkan sehingga kini beliau hanya ada 4 Exco yang terus 'wala' kepada beliau.
Alhamdulillah, berkat "Solat Hajat Selamatkan Selangor" yang telah
diadakan dirumahnya beberapa hari yang lalu, Allah telah makbulkan dan
Selangor akan kehilangan MB yang mendapat sokongan kuat dan padu dari
Amno dan TV3 suku.
Kita tidak akan bersekongkol dengan MB seperti ini,
tidak tahulah atas apa dalil 4 Exco masih bergayut di sisi TS Khalid.
Selepas ini, samada DS Wan Azizah atau Azmin atau sesiapa sahaja dari
PKR yang bakal menjadi MB tidak lagi aku hiraukan.
Biarlah pimpinan PKR
dan PR yang tentukan, asalkan TS Khalid gugur dan sedar bahawa jawatan
MB Selangor itu bukan jawatan CEO atau kepunyaannya.
Ada hikmahnya,
mungkin dapat memberi keinsafan kepada beliau bahawa sifat ego dan
bongkak itu pasti tidak membawa ke mana-mana. Pemimpin naik atas parti,
turun pun atas kehendak parti dan parti berjuang juga atas kehendak
rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.